Artis / Selebriti
” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
Video anak Neelofa, Muhammad Bilal bercakap dalam bahasa Melayu buat warganet terhibur. Alamak Bilal, habis semua ditambahnya huruf N dan G di belakang. Dah macam cakap loghat Terengganu. Berdekah Lofa gelak, haha..
Anak sulung Neelofa, Muhammad Bilal dilahirkan pada 10 Februari 2022 dan kini sudah pun berusia 4 tahun. Bilal seorang anak yang bijak dan petah bercakap. Tidak hanya pandai menghafal surah, Bilal juga fasih bercakap dalam bahasa Inggeris dan ianya bahasa percakapannya di rumah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Indigovelvet4, telah dikongsikan satu video yang memaparkan moment menarik ketika sesi live Neelofa bersama pengasas MommyHana. Untuk info, Neelofa dan Bilal berkolaborasi bersama pihak MommyHana untuk buku audio My First Book.
Menerusi video perkongsian ini, warganet berpeluang mendengar suara Bilal bercakap dalam bahasa Melayu. Neelofa mendedahkan bahawa Bilal tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu. Sekiranya Bilal menggunakan perkataan bahasa Melayu, pasti perkataan tersebut akan ditambah huruf N dan G di belakangnya.

Riuh suara Bilal berceloteh di hadapan Neelofa dan ianya mencuit hati warganet. Neelofa sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar Bilal bercakap bahasa Melayu. ‘Dengang’ dan ‘sangang’ antara perkataan yang disebut oleh Bilal menerusi video ini.
Jom tonton video di bawah :
@indigovelvet4 bahasa melayu bilal jadi loghat terengganu 🤣🤣 #bilal #neelofaharis #fyp #4u
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Masya Allah best sangat dengar Bilal ngaji time live tadi..Orang ganu rupanya Bilal ni haha.. ikut abah dia kot ni. lucu lah semua dia tambah NG belakang.. “
Sambil ketawa, Neelofa turut memberitahu Bilal hanya tahu menyebut ‘ selamat hari raya ‘ dalam sebutan yang betul. Kelakar sungguh mendengar kata-kata Bilal itu. Sebutan Bilal tetap kedengaran slang mat salleh yang comel. Semakin Bilal membesar, semakin bijak.

Semoga Bilal terus menjadi anak yang soleh, anak yang bijaksana dan terang hatinya dalam menimba ilmu serta menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak. Tambah N dan G pun boleh lah Bilal, asalkan kata-kata Bilal itu boleh difahami walaupun kelakar, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Indigovelvet4
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

