Artis / Selebriti
” Doakan perjalanan kami sekeluarga menjalani ibadah umrah dipermudahkan.. ” – Fattah Amin
Muatnaik gambar sebelum berangkat menunaikan Umrah bersama keluarga, perkongsian Fattah Amin raih perhatian ramai. Semoga mendapat umrah yang mabrur..
Terbaru meninjau di akaun Instagram Fattah, telah dikongsikan gambar Fattah bersama kedua ibu bapa dan adik-beradiknya di lapangan terbang. Tulis Fattah di ruangan kapsyen mengatakan yang dirinya dan keluarga akan berangkat menunaikan ibadah umrah.
Dapat dilihat Fattah yang tinggi lampai itu mengenakan jubah berwarna serba putih. Ayahnya pula mengenakan jubah berwarna biru atau pun kelabu gelap. Manakala ibu dan adik-adik perempuan Fattah pula memakai pakaian serba hitam.
Selain daripada itu, Fattah memohon agar semua peminatnya mendoakan agar segala urusan mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah di tanah suci nanti akan dipermudahkan dilindungi dan juga berharap akan mendapat umrah yang mabrur.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Perkongsian Fattah ini telah menerima hampir 40 ribu tanda suka dan hampir 500 komen yang direkodkan setakat artikel ini ditulis. Alhamdulillah rezeki untuk Fattah dapat menunaikan Umrah bersama-sama keluarga.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai gambar Fattah bersama keluarga ini dan mendoakan segala urusan Fattah menunaikan ibadah umrah dipermudahkan. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Semoga selamat pergi dan balik. Semoga dipermudahkan segala urusan di sana dan mendapat umrah yang mabrur, InsyaAllah.. “
” Semoga mendapat Umrah yang mabrur fattah and family.. Semoga dipermudahkan semua urusan. Jga diri Fattah.. “
” Selamat menjalani ibadah umrah BamTah dan sekeluarga . semoga segala urusan dipermudah ALLAH SWT dan semoga mendapat Umrah yang Mabrur dan Maqbul.. “
” MashaAllah Tabarakallah.. Semoga selamat pergi dn pulang dn mendapat umrah yg mabrur bamTah sekeluarga… “
” Waalaikumussalam , semoga sentiasa dalam perlindunganNya serta dipermudahkn segala urusan buat Fattah sekeluarga.. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin.. “
” Syukur Alhamdulillah, sedondon semua.. InshaAllah dipermudahkan segalanya disana & sampaikan salam saya atas junjungan Nabi saw.. Hingga selamat kembali semuanya, mudah²an.. “
” Semoga Allah permudahkan dan semoga peroleh umrah yg mabrur.. Aamiin.. Doakan kami juga direzekikan menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. “
Di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mendoakan semoga segala urusan Fattah dan keluarganya berangkat menunaikan ibadah umrah akan dipermudahkan. Selamat pergi dan kembali Fattah serta keluarga dan semoga memperolehi umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

