Artis / Selebriti
” Duk makan oyo oyo petang ni teringat sorang member yang kena sailang last minute.. ” – Dr Izzar
Perkongsian terbaru oleh suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari buat ramai terhibur. Amboi bersungguh Dr Izzar bagi semangat dekat Falah yer. Part komen Zahiril pun kelakar, haha..
Tak kering gusi ketawa jika membaca perkongsian di akaun Instagram milik suami pelakon Ummi Nazeera iaitu Dr Izzar ini. Ada sahaja yang dimuatnaik oleh Dr Izzar membuat ramai terhibur. Lagi-lagi apabila Dr Izzar sering berkongsi setiap drama lakonan Ummi dan memberikan pelbagai pendapatnya yang mencuit hati.
Terbaru, Dr Izzar ada berkongsi satu posting yang memaparkan gambar makanan. Tulis Dr Izzar di ruangan kapsyen, mengatakan ketika dia sedang makan, terus terkenang nasib ada seorang yang tengah makan dan kekasihnya diambil orang.
Selain itu, tulis Dr Izzar lagi, nama lelaki tersebut membawa makna kejayaan atau kemenangan dan berharap lelaki itu akan mendapat kemenangan nanti. Rupa-rupanya, perkongsian oleh Dr Izzar memceritakan tentang watak Falah (lakonan Zahiril Adzim) dalam drama Andai Tiada Dia.

Di akhir penulisan, Dr Izzar juga memberitahu pada minggu hadapan dia akan berehat seketika dari mengulas mengenai drama Andai Tiada Dia. Bukan itu sahaja, posting terbaru Ummi tentang drama tersebut juga mendapat respon daripada Dr Izzar dan Zahiril serta ianya mengundang tawa warganet.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian oleh Dr Izzar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dalam banyak2 suami artis, saya rasa doc paling menyerlah. Maybe tahun depan, abpbh boleh consider wujudkan satu anugerah utk suami2 artis.. “
” Saya tak percaya Dr akan berehat dari mengulas ATD next week, hahaha.. Jangan lah Dr.. Rasanya mcm lebih ternanti2 ulasan Dr dari nak tengok ATD tau.. “
” Jangan rest dlu doc.. Nanti kami sunyi.. Doc je penghibur kami sekarang di kala kami semua tengah baran tengok ATD.. “
” Jangan lah doc, kami perlukan pengulas drama doc.. Kerja hakiki 8-5 ja dr. Lps tu bebas dah, ada je masa jadi pengulas, hehe.. “
” Di sebabkan ulasan Dr ni la sy tak tgk dh drama ATD.. Sy hanya menunggu summary je, hahaha.. Tak lah, sy melawak je, hahaha.. “
” Saya pun smp tlupa, Doc ialah seo doktor.. Ya ampun, hahhaa.. Doc jangan lah berehat dlu.. Nanti lah berehat.. Sekarang keadaan tgh kemuncak.. “
” Alah doc, jangan lah.. Heheehe, nanti tak meriah lah.. Ulasan doc tu lah memeriahkan keadaan tau.. Dah2 jangan lagi ok.. “
Komen Zahiril dan Dr Izzar di posting Ummi :

Komen Zahiril di posting Izzar :

Dr Izzar kalau tak buat kelakar memang tak sah, tapi ramai yang tak nak bagi Dr Izzar bercuti dari membuat ulasan drama Andai Tiada Dia. Bak komen warganet, akaun Instagram akan menjadi suram jika tiada posting ulasan oleh Dr Izzar yang menceriakan hari-hari mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG izzar, umminazeera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

