Artis / Selebriti
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah menonton video anak sulungnya, Ayden Adrean menyanyi lagu Lebih Indah Berpisah buat ramai tersentuh. Alaaa, Bella pun tak dapat tahan menangis tengok Ayden menyanyi, sebaknya..
Baru-baru ini ada dikongsikan video yang memaparkan anak sulung penyanyi Bella Astillah menyanyi lagu terbaru Bella bertajuk Lebih Indah Berpisah. Menerusi video itu, kelihatan Ayden Adrean menyanyi dengan penuh perasaan dan sangat menghayati lirik lagu tersebut.
Perkongisan video itu juga telah mengundang sebak warganet dan ramai yang memuji nyanyian Ayden. Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Bella, telah dimuatnaik video Bella menonton video nyanyian Ayden itu. Kata Bella, dia baru sahaja berkesempatan untuk menonton video itu.
Baru sahaja mendengar nyanyian Ayden, wajah Bella seperti sedang menahan untuk menangis. Namun pada akhirnya, Bella tumpas dengan air matanya yang berjurai laju ketika mendengar nyanyian Ayden tersebut. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Ada yang turut merasa sebak melihat reaksi Bella dan dalam masa yang sama ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Bella. Sehingga kini, video reaksi Bella menonton video nyanyian Ayden ini telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bellaastillah_94 Eeeeee sebab tu takut tengok akan tenangis bha🥺 #LebihIndahBerpisah #UniversalMusicMalaysia #MyMusic @Ade Govinda
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Memg sebak sngt sngt dgr Ayden nyanyi lagu mamynyalg lg lg Ayden nyanyi dgn pnh penghytn.. Pandai Ayden nyanyi betul.. “
” Bella nangis bukan sbb tak move on tp sedih anak sekecil ni melalui jln hidup mcm ni.. Kita yang dengar pun rasa nak menangis.. “
” Anak sulung ni byk yg dia faham apa mummy dia lalui.. Sebab tu Ayden nyanyi sepenuh jiwa dia.. Tapi saya tahu Bella, awak seorang wanita yang kuat.. “
” Bella bkn tak move on.. Tp dia kesian ank² dia hadap broken fam cmni.. Sy fhm perasaan tu sbb ank sy pn broken home.. kesian tau kat ank².. “
” Ayden saksi betapa kuatnya mommy lalui hidup, betapa dia kerja keras utk besarkan anak-anak.. Dia lah ibu dia lah ayah.. “
” Ibu sebak sebab anak menghayati lirik. Rasanya Ayden akan jadi penyanyi ke depan secara part time sebab bakal menjadi PM kita doakan kelak.. “
” Ayden punya tone suara best.. Ikut bapa dia tdk di nafikan.. Gabung dgn ibu dia memg letupp.. Tunggu besar sikit lagi.. “
Tulis Bella pada ruangan kapsyen, dia takut untuk menonton video Ayden itu kerana dia tahu yang dirinya akan menangis. Sementara itu, ramai yang turut mengakui suara Ayden begitu merdu dan bakatnya itu diwarisi daripada kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bellaastillah_94, IG didiangelastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

