Artis / Selebriti
” Pandai ustaz korek rahsia, berdekah YB pun, haha.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq berbual bersama Ustaz Azhar Idrus buat ramai terhibur. Sekali YB dapat soalan cepu emas daripada Ustaz. Pandai Ustaz Azhar pancing soalan. Sikit lagi YB nak kantoi, nasib baik pandai cover, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik primavalet, telah dikongsikan video yang memaparkan YB Syed Saddiq bertemu dengan pendakwah bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus. Menerusi video itu, YB Saddiq dan Ustaz Azhar sedang berada di sebuah restoran.
Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Ustaz Azhar menyakat YB Saddiq dengan bertanyakan soalan bilakah YB Saddiq akan ‘berdua’. Mendengar soalan cepu emas daripada Ustaz Azhar itu, YB Saddiq meminta Ustaz Azhar untuk mendoakannya.
Bukan itu sahaja, sempat Ustaz Azhar bertanya lagi kepada YB Saddiq, gadis pilihan YB Saddiq berasa dari negeri mana. Adakah dari negeri sebelah utara atau pun selatan. Seloroh YB Saddiq, perkara itu akan ‘dibincang tepi’ kerana bahaya jika diberitahu sekarang.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur mendengar kata usikan daripada Ustaz Azhar terhadap YB Saddiq. Usik warganet, mereka sudah tahu siapakah bakal isteri YB Saddiq dan dalam masa yang sama mereka juga tidak sabar untuk melihat YB Saddiq mendirikan rumahtangga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruagan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan usikan Ustaz Azhar kepada YB Saddiq. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandai ustaz korek rahsia, berdekah YB pun, haha.. Tq UIA sbb mewakili fans.. Happy eh SS Bab ni. Korek ilmu dekat UAI lebih sikit.. “
” Segerakanlah tak baik tgu lama2.. Elakkan fitnah.. InsyaAllah Allah mudahkan.. Semoga berjodoh dan berbahagia hg ke Jannah.. Aminn.. “
” In Shaa Allah…. Semoga disatukn BASS segera. Kami pung tak sabar menunggu.. Semoga dpermudahkan urusan jodoh YB Aamiin.. “
” Dengan UAI pun nak bincang tepi eh YB.. Takyah bincang tepi kami tau jawapan.. Smga yang baik² saja buat mereka brdua.. “
” Alaa tak payah la cakap bahaya, klu mcm tu da boleh tau yb emm hahahha.. Takpe2 kami tetap buat2 tak thu dulu yer YB, haha.. “
” Yg pasti orgnya bukan belah utara bukan juga belah selatan tapi belah laut China selatan aaaa gitu kena seberang laut. .Tak gitu ke YB , haha.. “
” Pandai ustaz, hahaha mesti ustaz tahu dah orng nyaa. Yb gitau tepih.. Orang Borneo ustaz hahahaha.. Ami & jack kena bebel.. “
Malu-malu YB Saddiq mendengar soalan daripada Ustaz Azhar itu. Pandai sungguh Ustaz Azhar cuba untuk mengorek rahsia YB Saddiq. Nasib YB pandai cover jawapan. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat YB Saddiq. Semoga segala urusan YB sentiasa dipermudahkan dan ditemukan jodoh yang baik buatnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

