Artis / Selebriti
” Finally ada update dari Fatimah dan family. Ternanti-nanti updates daripada Mrs Mom.. ” – Komen Netizen
Setelah 4 bulan menyepi, video update terbaru mengenai keadaan terkini adik Fatimah The Family UK menyentuh hati ramai. Sebaknya tengok Fatimah, makin kurus sekarang ni..
Umum mengetahui personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘ The Family UK’ sedang berjuang melawan penyakitnya. Kali terakhir ibu kepada Fatimah berkongsikan perkembangan Fatimah adalah pada sekitar bulan Julai yang lalu dan selepas itu, tiada sebarang perkhabaran mengenai Fatimah.
Warganet tertanya-tanya keadaan kesihatan Fatimah dan akhirnya setelah hampir 4 bulan menyepi, satu posting tentang Fatimah telah pun dikongsikan. Meninjau entry di akaun Instagram The Family UK, telah dimuatnaik satu video yang menunjukkan Fatimah diziarahi oleh abangnya, Omar dan adiknya, Ali ketika Fatimah berada di hospital.
Menerusi video ini juga, luahan hati Omar diperdengarkan kepada semua. Tidak membenci tahun 2024, namun ianya tahun yang sukar untuk mereka semua. Hospital bertukar menjadi rumah pertama dan semua berharapkan Fatimah akan kembali sihat seperti dahulu.

Hati warganet tersentuh melihat keadaan Fatimah yang semakin kurus. Kasih sayang ahli keluarga menjadi kekuatan untuk si kecil ini terus bertarung untuk sihat. Perkongsian ini mengakhiri penantian semua dan warganet mendoakan agar Fatimah akan sembuh seperti dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rindu nk tgk update dr Fatimah & family. Sempena memasuki bln Rejab ni, sy doakan semoga diberi kesembuhan & diangkat segala kesakitan oleh Allah s.w.t utk Fatimah & jgk Mrs. Mom. Didoakan jg semoga dipermudahkan segala urusan ahli keluarga yg lain.. “
” Ya Allah finally. been waiting the update since the past few months. semoga yg baik2 aje utk semua family… semoga cepat sihat.. “
” Semuga Fatimah terus tabah menghadapi ujian Allah. In Syaa Allah ada hikmahnya nanti. We love you Fatimah.. “
” Subhanallah. Read her ‘i don’t like’ section, may Allah swt grand you syifa’ & ease everything for you, Fatimah.. “
” Alhamdulillah. Syukur ada update from Mrs Mom. Semoga Fatimah dikurniakan kesembuhan yg berkekalan. Semoga 2025 memberi keceriaan buat Mrs Mom & family. Aamiin.. “
” Subhanallah… baru mlm semalam teringatkan Fatimah. .ternanti² updates dr Mrs Mom.. Semoga Fatimah & family terus kuat menghadapi ujian Allah.. “
” Allahuakhbar… rindu tgu update ttg Fatimah . Semoga Fatimah semakin sembuh… Dan Allah kurniakan kesabaran buat seluruh ahli keluarga.. “
Tahun yang menguji seluruh keluarga dengan kesihatan Fatimah yang tidak menentu. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan untuk Fatimah kembali sihat seperti dahulu dan kehadiran tahun 2025 membawa sinar kegembiraan untuk mereka sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Thefamily.uk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

