Artis / Selebriti
” Sebak tengok Raissuddin berdiri sambil perhati Talita menyanyi.. ” – Komen Netizen
Video Raissuddin Hamzah berdiri mendengar cucunya, Talita menyanyi lagu Cakra Khan buat warganet tersentuh. Ramai yang teringat moment Raissuddin ajar arwah Siti Sarah dulu, macam dejavu. Sebak tengok muka Raissuddin..
Bakat seni dalam diri satu-satunya anak perempuan tunggal Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin semakin menyerlah dari hari ke hari. Talita menunjukkan kehebatan suaranya dan ternyata Talita ada auranya yang tersendiri yang mampu membuatkan orang terpegun mendengar nyanyiannya itu.
Jika beberapa hari yang lepas, Shuib yang melatih dan mendengar nyanyian Talita, kali ini giliran atoknya, Raissuddin Hamzah pula. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Irenedck3m6, telah dikongsikan satu video yang dirakam oleh Shuib ketika mereka sekeluarga berkumpul untuk menyambut tahun baru.
Talita kelihatan sedang berdiri dan memperdengarkan nyanyian lagu Kekasih Bayangan. Lagu dendangan asal Cakra Khan ini dinyanyikan dengan cukup baik oleh Talita. Raissuddin kelihatan berdiri di satu sudut belakang Talita dan memerhatikan cara nyanyian cucunya ini.

Situasi ini menyentuh hati warganet kerana ia mengingatkan moment Raissuddin melatih arwah Siti Sarah suatu ketika dahulu. Pastinya dalam hati Raissuddin juga terkenang memori lama bersama anak tersayang. Suara Talita sedap didengar dan ramai yang mengakui Talita memiliki tone seperti suara arwah ibunya itu.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@irenedck3m6 #watiehanifiah #shuibwatie #shuibsepahtu #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #ayyashaffan #sitisarahraisuddin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Teringat atok Raissuddin berdiri macam tu juge masa arwah Sarah nyanyi, menangis arwah atok marah sebb salah key.. miss that memories.. Al-fatihah.. “
” Tiba-tiba sebak pulak dengar talita nyanyi.. macam dejavu tengok Raissuddin berdiri sambil perhati talita nyanyi.. moment yang sama macam atok dengan ibu dulu.. “
” Talita ada suara dia trsendiri, merdu suara talira ni.. darah daripada atok dn arwah ibunya.. Atuk mestu terpaling happy talita mewarisi bakat seni ibu.. “
” Sebak sgt tgk talita mnyanyi.. teringat Arwah Siti Sarah.. Alfatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah, moga rohnya dişisi mereka yg beriman & beramal solehah… utk Talita moga terus bersinar dgn kejayaan.. “
” Wowwww amazing darling.. talita.. like the superstar. same like arwah ibu dia.. Sedap suara dengar mcm Arwah Siti sarah.. “
” Atuk yg selalu ada ngan arwah ibu dulunya.. terima kasih atuk.. tentu atuk pun teringat kenangan dengan Sarah dulu-dulu.. sekarang giliran anak ibu pulak ambil alih tempat ibu.. “
” Kalau arwah Sarah masih ada, tentu dia ajar Dekta.. Atok penyokong no1 di belakang mu Dekta.. mesti atok nya nampak mcam sosok ank nya kn.. dekat cucu nya .. mesti teringat kan disaat mula2 anak nya mcam talita ni kan.. “
Umpama mengimbau kenangan lama apabila melihat Raissuddin berdiri memerhatikan Talita menyanyi begitu. Situasi yang sama dengan Siti Sarah dahulu kini beralih kepada Talita pula. Semoga Talita bakal menjadi sehebat ibunya dan membanggakan atok Raissuddin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Irenedck3m6, IG Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

