Artis / Selebriti
” First time dengar suara Che Semah nyanyi, sedap betul lah.. ” – Komen Netizen
Video ibu Betty Rahmad, Che Semah menyanyikan lagu Asmara Terkenang raih pujian ramai. Alahai mendayu-dayu suara Che Semah, merdu sangat. Sedap suara orang lama..
Bagi yang mengikuti pelakon, Betty Rahmad, Umie Aida dan Erma Fatima di akaun media sosial mereka, pasti mengetahui yang ketiga-tiga mereka ini suka memuatnaik video ibu mereka iaitu Che Semah. Telatah Che Semah membuatkan ramai tak kering gusi ketawa kerana terhibur mendengar bebelannya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Betty, telah dikongsikan video terbaru mengenai Che Semah. Jika sebelum ini, banyak video yang dimuatnaik oleh Betty memaparkan Che Semah berada di dapur sedang memasak pelbagai juadah makanan. Namun, kali ini berbeza kerana video Che Semah sedang menyanyi pula dikongsikan.
Menerusi video itu, Che Semah menyanyikan lagu bertajuk Asmara Terkenang, nyanyian asal oleh Neng Fatimah. Perkongsian video ini telah mendapat perhatian warganet. Ramai yang memuji suara Che Semah menyanyikan lagu tersebut.

Komen warganet, pertama kali mendengar nyanyian Che Semah ini membuatkan mereka merasa terbuai-buai. Bukan itu sahaja, komen mereka lagi darah seni yang mengalir dalam diri ketiga-tiga anak Che Semah sebagai anak seni itu rupa-rupanya diwarisi oleh Che Semah.
Tonton video di bawah ini :
@bettyrahmadali ❤️❤️❤️ #chesemah
♬ original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video nyanyian Che Semah dan pelbagai pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” First time dengar suara Che Semah nyanyi, sedap betul lah.. Tapi sedih sangat dengar lagu ni, mendayu2.. Lagu arwah Aman Shah kan.. “
” Alfatihah untuk Aman Shah.. Lagu dlu2 semuanya sedap2 dengar.. Tak sangka Che Semah ada bakat menyanyi, sedap lah dengar.. “
” Mesti lawa masa muda2 dulu. Sekarang pun lawa lagi Che Semah ni.. Pandai masak, pandai menyanyi.. Hebat lah Che Semah.. “
” Sedap nye lagu nie Mak Semah.. Lama Mak Semah tak nyayi lagu nie… Nie kan lagu kegemaran Mak Semah… Best lagu nie.. “
” Woww pandai nyanyi, boleh tahan suara.. Sedap pula dengar.. Low note menjadii. Cik Semah semoga sihat walafiat hendaknya.. “
” Walau nyanyi main² tetap sedap didengar.. Bawa beg sebelah tu… Nk gi mana Mak Semah… Lagu dah sampai ke jiwa ni.. “
” Pandai Mak Semah lenggok kan lgu Mak Neng tu.. Lmbut lenggok dia.. Baru lah Sy tau kenape Erma Fatimah dan Umie Aida begitu berbakat .rupenya suara mak semah sgt merdu.. “
Walaupun Che Semah hanya menyanyi dalam keadaan bersahaja, nyanyian Che Semah kedengaran begitu merdu. Bak komen warganet, Che Semah ini bukan sahaja memilik wajah yang cantik dan manis, Che Semah juga memiliki bakat dalam bidang nyanyian.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bettyrahmadali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

