Artis / Selebriti
” Mengekek kita ketawa tau dengar coleteh Che Semah, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat ibu Betty Rahmad, Che Semah mahu berkongsi resepi rendang ayam buat ramai terhibur. Lawak betul dengar Che Semah membebel dekat Betty, haha..
Bagi yang mengikuti Betty Rahmad di akaun Instagramnya, pasti mengetahui yang Betty suka memuatnaik video-video masakan. Selain itu, Betty juga suka berkongsi video gelagat anaknya, Ardy Wira serta gelagat ibunya yang mesra dipanggil Che Semah.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Betty, telah dikongsikan video Che Semah ingin berkongsi resepi memasak rendang ayam. Menerusi video pertama, Che Semah memberitahu mengenai bahan-bahan yang perlu ada untuk memasak rendang.
Manakala video kedua pula memaparkan Che Semah sedang memotong serai untuk penyediaan masakannya. Seloroh Betty mengatakan Che Semah bukan membuat video resepi, malah video sesi meluahkan perasaannya gara-gara diusik oleh Betty.

Telatah Che Semah ketika berceloteh tanpa henti membuat warganet terhibur. Ada yang mengatakan leteran Che Semah kepada Betty sangat mencuit hati. Sehingga kini, video Che Semah telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mengekek kita ketawa tau dengar coleteh Che Semah, haha.. Best ni content macam ni Betty.. Selalu bukak2 ig resipi2 orang share air tangan orang muda.. Ni air tangan nenek2 lagi power.. “
” Eh saya kan dulu suka buat bongok depan mak saya kahkahkah. Manjang sebut nama bahan tu salah. Kusuka mak bebel² sampai hujung² dihamun terus.. “
” Adoii berdekah si Betty, berpeluru2 kena ayat power daripada Che Semah, hahahaa.. Mak Semah memang menceriakan hidup sy, ader shj hiburan dr Mak Semah.. “
” Tahu dah anak anak kelakar dari mana, hahaha rupanya Che Semah lagi kelakar daripada anak2, hahahaaa.. Part halia tu berdekah sya.. “
” Legend masak mmg padu.. Org dolu2 masak bahan xde sukatan campak2 terus siap sodappp dia xyah cakap lahhh memey padu dooh.. “
” Baru serai guyssss.. Belum bawang.. Lengkuas.. Berapa hari berapa mlm ni Che Semah, hahaha.. Nampak asyik luah perasaan je, hahaa.. “
” Ya Allah.. Seronok tgk mak semah bersembang.. Sbb mak semah kelakar laa anak cucu mewarisi sifat kelaka tu.. Semoga mak semah di panjangkan umur aamiinn.. “
Seronok melihat Betty menyakat ibunya. Respon Che Semah pula mencuit hati ramai. Apa-apa pun, perkongsian video oleh Betty ini sangat menarik. Bak kata warganet, sekarang sangat jarang untuk melihat video versi ‘mak-mak’ seperti Che Semah berkongsi resepi zaman dulu-dulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bettyrahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

