Artis / Selebriti
” Fuh power lah suara atok Raissuddin ni. Sedap betul suaranya.. ” – Netizen
Makder Kongsi Video Raissuddin Payung Nyanyian Lagu Lamanya Dulu Buat Ramai Terhibur. Masih Lemak Merdu Suara Atok Uwais Ni. Uwais Pun Tersengih-Sengih Dengar Atok Menyanyi. Patut Lah Suara Arwah Sarah Best, Tengok Ayahnya Lah !!
Bagi yang mengikuti akaun media sosial ibu tiri arwah Siti Sarah Raissuddin yang dipanggil Makder, pastinya sering melihat Makder berkongsikan mengenai perangai Raissuddin yang selalu serius. Sesekali keluar juga perangai ‘masuk air’ Raissuddin, lebih-lebih lagi bila bersama cucu kesayangannya, Uwais Al-Qarni.
Raissuddin jenis yang serius, Makder pula suka mengusik dan menyakat, memang seronok warganet melihat kerenah pasangan ini. Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Raissuddin ketika sedang memandu kereta.
Dapat dilihat Raissuddin memasang lagu lama dendangnya berjudul Dia Bukan Lagi Milikku. Tertera wajah cover album Raissuddin, zaman muda Raissuddin tak jauh bezanya dengan wajah sekarang. Cuma rambutnya sahaja yang tertukar warna.

Tersenyum Uwais mendengar atoknya menyanyi. Nyanyian Raissuddin mendapat pujian daripada warganet. Bukan selalu dapat Raissuddin ‘payung’ menyanyi karaoke macam ini. Suara Raissuddin masih maintain dan merdu. Alahai manalah Makder tak jatuh hati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini sehingga kini telah pun meraih lebih seribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mengimbau kenangan zaman muda ke tu atok Raissuddin hehe.. Kenapa atok uwais tak masuk gegar vaganza, sedap betul suara.. ”
” Steadyla kita jaga ok.. Lets do the best atok Raisuddin.. Rambut time dulu… di gilai mcm ni jan.. steady uncle.. ”
” Wahhh mantap otai Masih berbisa.. tak berubah suaranya.. sedap macam dulu jugak.. Patut la suara arwah siti sarah sedap, ikut si ayah.. ”
” Sedapnya suara, ingatkan pelakon je. rupanya penyanyi juga.. Anak beranak suare best kot… Al-Fatihah sitisarahraissuddin .. Ayah awak nyanyi pn best.. ”
” Fuh power lah suara atok Raissuddin ni.. dengar terus rasa terngiang-ngiang lenggoknya tu. Patutlah suara Sarah best, ayahnya pun hebat.. ”
” Sedapnya suara atok.. payah ni nak dapat video atok nyanyi macam ni.. Power suara atok, maintain je dulu sekarang sama je.. ”
” Sedapnya suara, tak berubah sikit pun. Power lagi aa suara atok Raissuddin ni.. merdu betul best dengar.. ”
Alahai atok Raissuddin ni, buat semua rasa terbuai-buai mendengar suaranya. Lenggoknya masih sama, seronok juga layan lagu lama Raissuddin. Ramai yang request Raissuddin masuk Gegar Vaganza. Apa-apa pun, semoga Raissuddin dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



