Artis / Selebriti
” Happy birthday my dear daughter Fifi.. ” – Datuk Aznil Hj Nawawi
Datuk Aznil Nawawi Kongsi Video Wajah Anak Perempuannya, Fildza Haifa Dari Kecil Sehingga Sekarang Sempena Hari Lahirnya. Wah Jarang Paknil Share Gambar Anak. Memang Dari Kecil Lagi Dah Cantik Fifi, Senyuman Dan Mata Seiras Paknil Sangat !!
Datuk Aznil Hj Nawawi satu nama yang gah dalam dunia seni hiburan. Pelakon boleh, pengacara pun boleh, nama Paknil masih lagi popular di kalangan peminat. Seorang yang menjaga privasinya, jarang untuk melihat Paknil berkongsi tentang kisah peribadinya terutamanya tentang keluarga.
Meninjau akaun Instagram Paknil, telah dikongsikan satu video yang mana gambar anaknya bernama Fildza Haifa atau Fifi dipertontonkan. Video itu yang mengumpulkan koleksi gambar Fifi daripada kecil sehingga kini adalah sempena hari lahir puterinya itu.
Menulis di kapsyennya ucapan hari lahir untuk Fifi, Paknil turut menyatakan kasih sayangnya untuk Fifi selamanya. Untuk makluman, Paknil mempunyai 2 orang anak lain selain Fifi iaitu Fariz Haizen dan Firdaus Hariz. Demi untuk mengel4kkan daripada anak-anak terded4h kepada kec4man dan komen negat1f daripada netizen, Paknil mengambil langkah untuk tidak mended4hkan anak-anaknya ini.

Melihat wajah Fifi, memang seiras sungguh dengan Paknil terutamanya senyumannya yang manis itu. Mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi, perumpaan ini kena sungguh dengan anak dan ayah ini. Semakin dewasa semakin nampak persamaan wajah antara Fifi dan papanya ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, posting Paknil ini sudahpun ditonton oleh lebih daripada 62 ribu tontonan. Tidak seperti kebiasaan, Paknil menutup ruangan komen untuk posting ini. Paknil yang masih nampak muda ini juga sudahpun memiliki cucu dan pernah dikongsikan sebelum ini tentang cucu kembarnya.

Memang cantik wajah Fifi dan banyak perubahannya dari kecil sehingga besar. Puteri Paknil ini pastinya beruntung mempunyai ayah yang penyayang seperti Paknil. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran untuk Fifi dan semoga gembira selalu di samping keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datuk Aznil Hj Nawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

