Artis / Selebriti
” Hebatnya Jemyma, bukan senang tu nak kalahkan ramai orang.. ” – Komen Netizen
Video Fasha Sandha Kongsi Kejayaan Anak Perempuannya, Puteri Raysha Jemyma Dalam Sebuah Pertandingan Raih Perhatian Warganet. Wah Bukan Calang-Calang Student Ye Jemyma Ni. Hebat Betul !!
Menerusi perkongsian terbaru Fasha Sandha di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana gembira ketika anak perempuan Fasha, Puteri Raysha Jemyma memenangi sebuah pertandingan iaitu AIMS International Language Competition.
Untuk makluman, pertandingan ini disertai oleh 18 buah sekolah antarabangsa lain dan Jemyma berjaya menggondol pingat emas untuk kategori Darjah 4. Bukan mudah dan saingannya sengit tetapi hasil usaha keras Jemyma berlatih terbayar dengan kejayaan ini.
Bagi yang mengikuti Fasha pastinya sering melihat Fasha berkongsikan perkembangan anak-anaknya. Jemyma anak yang ceria dan aktif di sekolah. Pelbagai aktiviti disertai oleh Jemyma ketika di sekolah dan Jemyma juga seorang yang sangat berani bercakap di khalayak ramai.

Fasha bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh Jemyma ini. Warganet juga memuji kehebatan Jemyma itu. Selain itu juga, wajah cantik Jemyma juga mendapat pujian ramai. Semakin besar semakin kelihatan wajah Jemyma yang seiras dengan ibunya itu. Cantik, bijak dan berani, memang pekej yang lengkap.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fasha ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Congratulations sweetheart Jemyma, love you so much.. serius lawa anak fasha ni.. iras2 chinese look, both ada iras fasha n rizal.. ”
” Congratulations Putri Raysha Jemyma.. You Prepared So Hard For This Competition.. We Love You.. ”
” Congratulations Jemyma. We Proud of You.. macam kakak dengan adik je lah Fasha dengan anak dia.. fasha so cantik.. ”
” Wow congratulations Jemyma sayang. hebatnya Jemyma, bukan senang tu nk kalahkan ramai orang. gold tu weh.. ”
” Alhamdulillah congratulations.. makin besar makin mirip ibu.. mesti fasha kecik-kecik dulu macam ni.. ”
” Fuh dapat gold tu, hebat lah Jemyma. berani macam ibu, mesti lah boleh menang. cantik Jemyma ni.. ”
” Subhanallah lawa pulak makin dah besar ni. high visual muka dia.. Cantik sungguh jemyma nie.. Copy paste muka daddy dia sungguh.. ”
Jemyma anak yang hebat dan membanggakan kedua orang tua. Ini adalah satu titik permulaan untuk Jemyma dan semoga pada masa akan datang, Jemyma akan memenangi lebih banyak lagi pertandingan sebegini. Tahniah Jemyma dan ibunya juga atas kejayaan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

