Artis / Selebriti
” Kalau dia Erra Fazira, i ni siapa ? ” – Aidil Aziz
Video seorang staff butik memanggil Fasha Sandha dengan nama Erra Fazira buat ramai terhibur. Alamak, confident betul ye dia panggil Fasha tu Erra. Mengekek Fasha gelak, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Aidil Aziz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Aidil bersama isterinya, Fasha Sandha berada di sebuah butik. Namun begitu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah telatah seorang wanita yang merupakan staf butik tersebut ketika bertemu dengan Fasha.
Menerusi video tersebut, Aidil sempat bertanya kepada staf berkenaan siapakah gerangan Fasha yang sebenar. Dengan penuh yakin, staf itu menjawab bahawa Fasha adalah Erra Fazira. Mendengar jawapan spontan itu, Fasha terus ketawa dan seakan ‘mengiyakan’ dirinya sebagai Erra.
Situasi bertambah lucu apabila seorang lelaki datang dan cuba membetulkan keadaan dengan memberitahu bahawa Fasha bukanlah Erra Fazira. Namun, staf tersebut tetap dengan pendiriannya dan sekali lagi menegaskan bahawa Fasha ialah Erra, mungkin kerana solekan yang dikenakan membuatkan wajahnya kelihatan berbeza.

Tidak terhenti di situ, Aidil terus menyakat staf tersebut dengan bertanya, jika Fasha adalah Erra Fazira, siapakah pula dirinya. Namun, jawapan staf itu tidak kedengaran kerana dirahsiakan, membuatkan suasana bertambah mencuit hati lebih-lebih lagi Fasha sempat berlari mengejar Aidil sambil mereka berdekah ketawa bersama-sama apabila mendengar jawapan staf tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet selepas menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Confident ek “diasudah makeup mah” Hahahaha kalau aku makeup msti Amoi tu ingat aku Erra Fazira jgk tak.. “
” Hahahaaa Erra pon bolehh .. Tapi memang ada juga iras kak Fasha sadha macam kak Erra hehe dua dua cantik.. “
” Dye punya confiden tu penting… Hahaha… Siot Aidil ngekek gelak,. Sempat lagi tanya pula tu dye suami siapa.. Hahaa.. “
” Software not updated.. Amoi ni bru bgn dr ditidurkan pd awal thn 2000.. Aku tahu dia sebut Yusry kan, hahahaha.. “
” Napa rase mcm dia sebut Yus.. Hahahahahaha kan, betul kan.. Aku rasa amoi ni betul2 lupa lah.. Kalau lah dia tahu kebenaran, haha.. “
” Erra tu dah kahwin dengan Mr. E lah.. Hahahaha.. Amoi ni lama sangat tak buka media social, dia sibuk je dgn krja dia.. “
” Alahai sikit punya konfiden amoi tu panggil nama Errra Fazira.. Hahahahha.. Tang Aidil tu mesti dia panggil dgr nama Yusr… Haha.. “
Perkongsian video tersebut turut mengundang tawa di kalangan warganet, malah ramai yang berpendapat bahawa kemungkinan staf berkenaan tidak mengikuti perkembangan terkini Erra Fazira sehingga membuatkan dia tersilap mengenali wajah sebenar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG itsaidilaziz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

