Artis / Selebriti
” I was 12 years old.. ” – Tengku Hassanal
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Kongsi Gambar-Gambar Throwback Ketika Berusia 12 Tahun. Alahai Kecil-Kecil Lagi Dah Handsome. Kalau Macam Ni Lagi Tak Boleh Lah Orang Sabah Dan Sarawak Nak Move On Tengku, Hehe !!
Misi jelajah Kembara Kenali yang dianjurkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bermula 3 September 2023 sehingga 13 September 2023 mendapat sambutan hangat oleh rakyat.
Lebih-lebih lagi anakanda-anakanda Tuanku dan Tuanku Permaisuri Agong turut sama mencemar duli bertemu dengan rakyat di Sabah dan juga Sarawak. KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara yang menjadi tumpuan ramai ketika kembara tersebut.
Yang terbaru menerusi Instagram Story, Tengku Hassanal telah memuatnaik beberapa gambar throwback ketika Tengku Hassanal berusia 12 tahun. Kebanyakan gambar yang dikongsikan adalah gambar bersama bondanya, Tunku Azizah.

Walaupun pada ketika itu usia Tengku Hassanal baru 12 tahun, Tengku Hassanal kelihatan kacak dan bergaya mengenakan baju kemeja berwarna maroon dan setia menemani di sisi bondanya menghadiri majlis-majlis tertentu. Pastinya perkongsian ini turut meraih perhatian ramai.
Antara gambar-gambar yang dikongsikan :









Sikap humble, pemurah, baik hati dan berjiwa rakyat Pemangku Sultan Pahang ini membuatkan rakyat menyenanginya. Masih ramai lagi yang masih belum move on dengan Tengku Hassanal, lebih-lebih lagi orang-orang di Sarawak dan juga di Sabah. Orang di Semenanjung pun tak nak kalah juga, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tengku Hassanal Shah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

