Artis / Selebriti
” Pakcik pun pakcik la nak, hahaha.. ” – Tomok
Video Gelagat Tomok Melayan Peminat-Peminat Cilik Yang Ingin Tandatangannya Buat Ramai Terhibur. Amboi Adik, Siap Minta Nombor Telefon Pakcik Tomok Lagi Yer. Cakap Nak Call Malam Nanti. Respon Tomok Sangat Win !!
Sebut sahaja nama Tomok pastinya ramai yang masih ingat vokalis daripada kumpulan New Boyz yang cukup popular di zaman remajanya. Sangat sinonim dengan lagu berjudul ‘Sejarah Mungkin Berulang’ , penyanyi ini sememangnya memilki bakat tersendiri.
Masih aktif dengan kerjaya seninya sehingga sekarang, Tomok juga kini bergelar usahawan dengan memiliki beberapa kiosk jenama minuman popular. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Tomok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tomok sedang melayan beberapa orang kanak-kanak sekolah.
Menerusi video itu, beberapa orang kanak-kanak ini telah minta tandatangan Tomok dan Tomok melayan semuanya dengan penuh mesra. Kedengaran seorang daripada kanak-kanak tersebut telah meminta nombor telefon Tomok dan memanggil Tomok dengan panggilan ‘ Pakcik’ .

Dengan berseloroh, Tomok mengatakan kembali kepada kanak-kanak itu yang mereka perlu belajar rajin-rajin dan mendapat tempat pertama dalam peperiksaan baru Tomok akan memberikan nombor telefon kepadanya. Sehingga kini perkongsian Tomok telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Tomok ini dan selain itu memuji sikap Tomok yang humble melayan peminat-peminat ciliknya. Antara komen-komen wargaet adalah :
” Senangnye korg mintak sign pakcik nie… Kami dulu sampai tolak2 himpit nk dptkn sign pakcik nie… Huntong kau dik.. “
” Hahahaha zaman sekolah dl kemain gile kat dia, tah apa2 je akal ak time tu.. Soap cd la beli kaset la, majalah2 abes ku gunting.. Humble lah Tomok ko layan peminat2 kecik kau.. “
” Esok kang dpt nombor 1 semua kumpul dpn rumah mintak nombor tepon kat pakcik ya nak, hahahaha.. Lawak betul lah.. “
” Hahahaha pandai Tomok cover kan, tak nk bagi no fon, exam dapat no 1 baru boleh dapat no fon pakcik, hehehehe.. “
” Ingt zaman muda kena serbu dengan budak sekolah, dh jadi pakcik pon laris lagi ya idola budak sekolah, haha.. Tp Tomok mmg bawa good vibes. Keep it up Pakcik Tomok.. “
” Mak korang dulu lekat gambar pakcik ni kat dinding nak…Penuh 1 bilik.. Mujur atok ko tak amok je, haha.. Yg hantar kad raya pun ada nak.. “
” Suke ati engko je mntk no telepon, hahahahaha anak siapa ni, lawak pulak aku tengok.. Comel tengok Tomok cakap dengan bdk2 tu.. “
Amboi adik, siap minta nombor telefon Pakcik Tomok. Terbaik lah Tomok, dalam kesibukan pun sempat lagi melayan peminat-peminat ciliknya. Semoga Tomok terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tomokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

