Artis / Selebriti
” Ingatkan Daiyan dah tadi, seiras sangat.. ” – Netizen
Norman Hakim Kongsi Video Gambar-Gambar Sempena Ulangtahun Kelahiran Anaknya, Marissa Dania. Ramai Yang Kata Muka Marissa Masa Baby Macam Muka Daiyan. Nampak Sama !!
Tanggal 2 Julai kira-kira 16 tahun yang lepas, peristiwa Abby Abadi bersalin dalam kereta dan dibidankan sendiri oleh Norman Hakim pernah tular. Bayi itu dinamakan sebagai Marissa Dania Hakim dan membesar menjadi anak dar4 sunti yang cantik.
Sememangnya wajah Marissa sering menjadi tumpuan ramai peminat. Apatah lagi Marissa ini aktif di laman sosial membuat review produk dan selalu menjadi model Abby untuk memperagakan busana jualan Abby.
Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan sebuah video yang mana memaparkan gambar-gambar thr0wback sejak Marissa bayi sehinggalah sekarang. Norman turut mencoret ucapan selamat hari lahir untuk puterinya ini.

Norman mengharapkan semoga di usia 16 tahun ini permulaan baru yang indah untuk Marissa dan doanya supaya Marissa sentiasa di rahmati Allah dan sihat selalu. Dari video ini, wajah Marissa ketika bayi dikatakan oleh peminat nampak seakan wajah Daiyan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Norman ini menarik perhatian peminat. Ramai yang memuji wajah comel Marissa dan antara komen-komen peminat :
” Kesayangan semua inihhhh budak cantik lawa ni manja sgt marissa dania. happy birthday syg, muka papa sangat.. “
” Comel sangat Marissa masa kecik. muka masa baby tu ada muka Daiyan sikit. Ingatkan Daiyan dah tadi atas pangku norman, iras sangat.. “
” Ada gmbr masa kecik yg sebijik muka daiyan. Selamat hari Jadi Marissa, moga mjd anak yg soleh. copy paste mama Abby ni.. “
” Selamat hari lahir, semoga bjya di dunia n akhirat. tringt dulu dia lahir norman sambut dlm kete kan. cntik marisa, Muka masa kecik tu macam dayyan pun ada.. “
” Muka adik marissa dania masa kecik ada iras-iras muka Daiyan la. Anyway, happy birthday Dania. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga tercinta.. “
” Happy birthday Marissa. Teringat cerita dlu papa dia sambut dlm kete. alhamdulillah dah 16 tahun dahh si comel ni.. “
” Macam Daiyanlah muka masa kecik tu. Happy birthday Marissa, dah besar jadi cantik anak dar4 ni. Papanya pun kenapa lah makin muda hehe.. “

Marissa ketika kecil berwajah comel, apabila meningkat dewasa berubah menjadi cantik seperti Abby. Apa pun, kami di Berita Kopak juga mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Marissa Dania dan semoga Marissa sentiasa berjaya dalam pelajaran.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

