Artis / Selebriti
” Lawa betul anak-anak dar4 Nabil ni, kakak tu tinggi macam model.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak-Anak Nabil Ahmad, Naira Mikayla Dan Adiknya, Leyla Medyna Bergaya Memakai Baju Kurung Moden Raih Pujian Ramai. Cantik Betul, Sorang Muka Nabil, Sorang Muka Zira !!
Dengar sahaja nama Nabil Ahmad, pasti ramai yang kenal. Manakan tidak, Nabil antara pengacara yang popular. Selain itu, kini Nabil juga bergelar seorang usahawan yang menjual produk atas penjenamaannya sendiri.
Meninjau di akaun Instagram milik isteri Nabil, iaitu Zira Ayub telah berkongsi gambar terbaru yang memaparkan dua orang anak perempuannya iaitu Naira Mikayla dan adiknya, Leyla Medyna. Menerusi gambar tersebut, pasangan dua beradik ini telah memakai baju kurung moden.
Cantik melihat anak-anak Nabil ini yang sudah pandai posing ketika bergambar. Malah, ada peminat yang menyatakan bahawa Mikayla telah mewarisi rupa paras bapanya, manakala Leyla pula mewarisi rupa ibunya.

Sehingga kini perkongsian gambar oleh Zira tersebut telah mendapat 1,731 tanda suka daripada netizen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Alahai dah besar anak-anak dar4 Nabil ni, semakin cantik dan si kakak kelihatan begitu tinggi.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan anak-anak Nabil dalam gambar yang dikongsikan oleh ibu mereka itu. Antara komen-komen netizen adalah :
” Lawa betul anak-anak dara Nabil ni, kakak tu tinggi macam model. Semoga membesar dengan baik ye anak-anak.. “
” Lepas lah, sebab dedua cantik macam mak dia. Huhu kjap masa kan sekarang, tak lama lagi, dapat menantu pulak.. “
” Ishh cantik sungguh, besar nanti tak larat tepis lah Nabil, sebab anak-anak ramai peminat ni, hehe.. “
” Pandai dah bergaya yer, kakak tu manis betul senyuman. Sorang muka ayah, sorang muka mak lah.. “
” Kurang lagi sorang lah dalam gambar ni, yg cute Mishall, hehe semua cantik. Bertuah lah Zira ada anak cantik-cantik mcm ni.. “
” Boleh ni, kakak tu tinggi betul kan, memang nampak gaya macam mummy dia jadi stewardess dulu-dulu.. “
” Cantik, berkenan lah, meh sorang nk ambil jadi menantu. Manis muka Mika, si adik tu mahal betul senyuman.. “

Patut ramai yang memuji, memang cantik anak-anak Nabil. Untuk rekod, Nabil turut memiliki seorang lagi anak kecil bernama Mishall Amani. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga anak-anak Nabil ini membesar menjadi anak-anak yang solehah buat Nabil dan Zira.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Zira Ayub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

