Artis / Selebriti
” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Elly Mazlein ingin bermanja dengan suaminya, Cikgu Azlan buat ramai terhibur. Sekali kena sound dengan Cikgu Azlan, terus Kak Lina merajuk. Lain macam betul cara Kak Lina merajuk. Jenuh lah Cikgu Azlan nak pujuk, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, posting terbaru Elly telah meraih perhatian ramai dan sangat menghiburkan. Elly memuatnaik sebuah video bersama suaminya, Cikgu Azlan untuk bermanja selepas suaminya pulang dari kerja.
Video tersebut dirakamkan di ruang tamu di mana Cikgu Azlan sedang duduk di sofa. Elly terus datang dan menerkam suaminya serta memeluk untuk bermanja. Namun ditepis oleh Cikgu Azlan kerana dalam keadaan berpeluh dan masam.
Hal ini membuatkan Elly terasa dan terus menjauhkan diri daripada suaminya. Elly merajuk dengan duduk di luar rumah dalam jarak yang agak jauh. Cikgu Azlan sempat merakam dari jauh di mana Elly sedang berdiri tegak di bawah sebatang pokok.

Di ruangan kapsyen, Elly turut menjelaskan yang dia tidak kisah bagaimana pun keadaan suaminya jika dia hendak bermanja. Perkongsian video ini telah menerima lebih 7 ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh 1 jam ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Elly merajuk. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Naseb baik persatuan pengakap.. kalau suami x datang pujuk mesti tahu buat unggun api n pasang khemah . Jauh benor …. Tkjut awok nengoknya.. “
” Rumah sape plak dia pi merajuk tu adoiiii seram je nmpk dr jauh.. Haha penat majok jauh2. Biasa majok masuk bilik lain je.. “
” weiiiii kak ko yg bukan ² ehhhhh perangai berdekah aku gelak part ending tu. Pa pegi ambik mama dgn ape? Bagaimana.. “
” Pandai cikgu geografi cari koordinat kak Lina..jauh sgt tersasar koordinat tu..apa pun.. Meh majok terus ke JB kepom.. “
” Ahahahahahaaa.. ajeee kene jerit dri tingkap baru nk balikkk ke sorayaaa.. Mujur siang, kalau malam majuk nyer duk situ lain jadinya.. “
” Jangan lah majuk.. think positive mama.. musim influenza ni.. balik keje sabor mandi dulu. Nanti photosut bawak la papa.. “
” Ingat kan majuk kat bilik…kemain jauh nau perginya bawah pokok. Lahhhh… dah mcm entiti paranormal pulak kt situ. Jenuh kita cari.. “
Walaupun merajuk, Elly Mazlein tetap menjadi dirinya yang sebenar iaitu sentiasa menceriakan hari semua orang dengan lawak dan kejujuran yang menghiburkan. Sama ada di rumah atau di luar, perangai Elly tetap sama termasuk bersama suaminya. Apa-apa pun, ini hanya content oleh Elly dan Cikgu Azlan, semoga semuanya terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

