Artis / Selebriti
” Ingatkan Sarah yang free hair, muka lebih kurang sama.. ” – Netizen
Gambar Anak Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam Bersama Seorang Wanita Istanbul Raih Perhatian Peminat. Eh Nampak Seiras Dengan Wajah Sarah, Cantik !!
Umum mengetahui yang pelakon Puteri Sarah Liyana sudah selesai mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Kini, mereka berada di Istanbul meluangkan masa bercuti di sana.
Meninjau ke akaun Instagram, Sarah banyak berkongsi gambar dan video percutian mereka di sana. Syaikhul dan Sumayyah nampak begitu seronok sekali bercuti di sana dan pastinya pengalaman percutian kali ini tidak dapat dilupakan.
Namun salah satu p0sting Sarah di mana Sarah ada memuatnaik sekeping gambar Syaikhul bersama seorang wanita cantik dari Istanbul telah meraih perhatian ramai peminat. Ini kerana wajah wanita tersebut nampak begitu seiras dengan wajah Sarah.

Apa yang membezakan ialah wanita tersebut tidak memakai tudung. Kapsyen yang ditulis oleh Sarah juga amat menghiburkan. Wah Sarah dah berangan nak dapat menantu Istanbul ke, hehe. Syaikhul pun handsome, mesti ramai peminat nanti.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Antara gambar-gambar mereka di Istanbul :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Ramai menyatakan wajah wanita Istanbul ini sangat seiras dengan wajah Sarah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Sekali tgk mcm mama syaikhul pun ada awek tu.. Sarah boleh dapat menantu instanbul.. hehehe.. gurau je.. “
” Ingatkan mama Syaikhul tadi.. cantik macam mama.. iras adik syaikhul pun ada.. mesti dah besar cantik cmni.. “
” Deep akak tapi sy setuju . Abg pun handsome. Lain makna tu… cam perl1 jer.. hihi yg paham je akan paham.. “
” Mula2 ingatkan Sarah yg free hair. Hehe. Muka lebih kurang. Kemainnn abg syaikull, senyum lebar sampai ke telingaaa.. “
” Sekali padang muka pon mcm mama,2 kali padang rupanya orang instabul. Terima.. Opkos la syaikul nak cari yang cantik mcm mama. Baru nanti anak2 comel2.. “
” Thought kak sarah masyallah so pretty.. Dapat cucu lawa nt hehe. setuju sangat camni… tapi nanti mama nang1s pula.. “
” Terkezutttt jugak td ingt mamanya dh free hair.. Kalau ni aunty pun approveee la abang cantik macam mama.. Iras sumayyah pn ade.. “

Wah, nampak seronok percutian Sarah kali. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Puteri Sarah Liyana dan anak-anak. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sentiasa enjoy ketika berada di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Sarah Liyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

