Artis / Selebriti
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
Video Oddah menyakat Hadie dan ayahnya, Ijoy buat ramai terhibur. Lawak betul tengok reaksi Hadie dengan Ijoy, tercengang dua-dua. Masing-masing loading habis, haha..
Umum mengetahui anak pengacara terkenal Shahrifah Shahirah iaitu Oddah salah seorang peserta rancangan Talk To My Manager. Persembahan Oddah setiap minggu sering dinantikan oleh orang ramai kerana Oddah sering membawa kelainan dalam persembahannya.
Meninjau di akaun TikTok milik tentangodda, telah dikongsikan video yang memaparkan Oddah menyakat ayahnya, Ijoy serta rakan seperjuangannya dalam Talk To My Manager iaitu Hadie yang merupakan anak Ina Naim. Menerusi video itu, kelihatan Oddah dan Hadie sedang berada di sebuah restoran dan turut ada bersama adalah Ijoy.
Oddah telah menghalakan kamera telefon kepada Ijoy dan memberitahu Ijoy adalah bapa mertua Hadie. Mendengar apa yang dikatakan oleh Oddah tersebut, Ijoy memberikan reaksi terkejut. Manakala Hadie pula seolah-olah terkedu sambil mengaru kepalanya.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan suka dengan keakraban Oddah bersama Hadie. Usik warganet, adakah Oddah dan Hadie sekarang mempunyai hubungan istimewa kerana mereka berdua dilihat begitu rapat.
Tonton video di bawah ini :
@tentangodda * sian member blur HAHAHA🤣🥰💗💖⚡️🤍* @ADI? @Odda🩷🔥 #oddie #ttmm #xybca
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Elok lah.. yang ina naim masa live duk puji baiknya odah… Bagus adab dia.. Positive je… Mai kat sini odah terus kenalkan hadi kat bapak dia.. “
” Suka sgt menyakat. Ayahnya pun speechless, HAHAHAHA.. Hadie tergamam terus, hahaha.. Oddah2, suka betul kau yer.. “
” Tercengang Hadie dgn ijoy.. Nak tunggu Hadie start Odda kata lambettt lg.. Odda lg advance, hahaha. Tapi nampak memang sepadan lah dorang dua.. “
” Versi Ain Edruce & Amirul.. Cute betul tengok Oddah kalau menyakat Hadie.. Mana tahu kan ada jodoh kedepan nanti.. “
” Budak Oddah ni btul2 random la.. Jangan kan Hadi, bapa dia sndri pn smpai blur.. Meriah keluarga ada perangai sorang mcm ni, hehe.. “
” Odda tak pilih yg kaya dunia odda pilih llki yg kaya akhirat.. Tak sek takpe janji blh bimbing isteri ke syurga Allah.. Inn Shaa Allah.. Bgus odda.. “
” Hadie sampau terkejut, hahahaha.. Hadie kena buli2 jer dgn Odda.. So sweet lah.. Dorang ni macam ada special relationship je, hmmm.. “
Oddah sememangnya suka ,enyakat. Bagi yang suka mengikuti perkembangan Oddah dan Hadie, pasti mengetahui mereka berdua memang berkawan rapat. Apa-apa pun, video ini hanyalah gurauan Oddah sahaja dan semoga Oddah serta Hadie akan berjaya dalam program Talk To My Manager.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tentangodda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

