Artis / Selebriti
” Jangan lah kena ketuk dulu baru jalan. Ini lah sebabnya yang mummy naik suara.. ” – Mas Idayu
Video persembahan Didi Astillah dan Thamiera Chan di minggu ke 6 Famili Duo raih pujian Mas Idayu. Wah comeback yang padu. Comel gaya Thamiera joget walaupun mummy cakap Thamiera menari kongkang, hehe..
Famili Duo 4 sudah pun memasuki minggu ke 6 semalam. Bertemakan Retro 70s dan ke bawah, semua peserta melakukan yang terbaik baik dari segi pemilihan lagu dan nyanyian mereka. Antara yang menjadi tumpuan pastilah duo sensasi minggu lalu, Didi Astillah dan Thamiera Chan.
Minggu lalu pasangan duo ini menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu dan ianya mendapat pelbagai respon daripada wargamaya. Minggu ini, Didi dan Thamiera membuat comeback dan cuba memikat semula hati Mas Idayu dengan persembahan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra dan f8buzz, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Didi dan Thamiera. Pasangan ini memilih lagu Darah Muda dan Nona Zaman Sekarang dendangan asal Saloma dan A.Rahman.

Didi dan Thamiera kelihatan enjoy sahaja sepanjang membuat persembahan tersebut. Juri-juri Famili Duo, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Noor juga memuji persembahan Didi dan Thamiera pada minggu ini. Persembahan yang baik dan membawa penonton kembali ke era 70-an dan ada penambahbaikan daripada duo ini.
Jom tonton video di bawah ( tonton video penuh di akhir artikel ) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Persembahan yang comel.. Ntah napa minggu ni nmpak kelainan diorg ni perform ok vokal pun improve terutama part harmoni tu mmg best dengar.. “
” Ishhhhh kenapa lah dorang boleh tesingkir baru ada harapan dorang nak shine kat stageee.. jujur one family nangis tengok dia tesingkir sebab didi and thamiera memang lain harini.. “
” Mantap persembahan duo ni malam ni.. syok tengok dorang pun enjoy je atas pentas.. Rasa seperti di retro arena.. “
” Thamiera bawak lagu ni suara dia sedap.. Suara dia sesuai dengan lagu ni.. suka dengar dia nyanyi lagu macam ni.. “
” Kalau harmoni suara dorang ni, memang merdu didengar.. Sedap suara dan ngam dengan lagu tu.. “
” Sesuai la lagu ni dengan suara dorang berdua. Best tengok joget pun comel, memang retro betul.. “
” Sedap je dengar, fun fun gitu.. xpelah bukan rezeki dorang nak sampai ke final. tp serius enjoy tengok dorang performed malam ni.. “

Didi dan Thamiera sudah memberikan sehabis baik, cuma rezeki mereka hanya sampai di minggu ke 6 sahaja. Setelah 6 minggu berentap, banyak pengalaman yang mereka kutip sepanjang berada di Famili Duo. Semoga Didi dan Thamiera terus maju jaya dalam karier.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Xtra, Tiktok Ohbulan, Youtube Channel F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

