Artis / Selebriti
” Baru berapa hari dah kuat angkat kepala tu. Nampak macam iras abang Ayash je.. ” – Komen Netizen
Video terbaru anak Watie Hanifiah dan Shuib Sepahtu, Akira Juwita Zahra yang kini sudah berusia 23 hari raih perhatian ramai. Alahai, comelnya Akira cuba-cuba angkat kepala. Dah pandai merajuk ye Akira, hehe..
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Watie Hanifiah, satu video cahaya matanya iaitu Akira Juwita Zahra yang kini sudah berusia 23 hari telah meraih perhatian ramai. Kelihatan si kecil Akira sedang meniarap sambil cuba-cuba mengangkat kepalanya.
Walaupun masih terlalu kecil, gelagat Akira itu membuatkan ramai yang geram melihat si comel ini. Gerakan perlahan Akira yang seakan-akan ‘berlatih’ menguatkan leher jelas mencuit hati netizen. Dari sisi pandangan tepi pun sudah tahu Akira seorang yang comel.
Sejak kelahirannya, Akira sering menjadi perhatian ramai, apatah lagi dengan perkongsian momen-momen manis oleh ibu bapanya. Kakaknya, Thalita juga ada berkongsi video Akira. Setiap perkembangan kecil yang ditunjukkan pasti mengundang rasa teruja di kalangan peminat.

Walaupun wajah penuh Akira Juwita Zahra tidak dapat dilihat, ada segelintir netizen yang mengatakan si kecil itu kelihatan seperti abangnya, Ayash Affan. Hanya melalui pandangan sisi ketika Akira cuba mengangkat kepala, ada yang merasakan raut wajah dan bentuknya seakan-akan menyerupai Ayash, sekali gus menambah lagi keterujaan peminat melihat perkembangan si kecil itu.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi positif. Ada yang memuji kecomelan Akira, malah tidak kurang juga yang teruja melihat perkembangan awalnya walaupun baru beberapa minggu dilahirkan. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Eh eh eh…kuat kepala dia.. Akiraaaaa doakan aunty yaa semoga dipermudahkan urusan bersalin bulan 6 ni yeee omeynyaaaa akiraaaaaa.. “
” Nmpk mcm iras abg ayasy jer.. merajuk ke tuuuuu.. mengantuk la mummyyy hahaha comelnya akiraaaaaa .. MashaAllah, gebunya akira.. “
” Baby zaman now mmg wow erh .. baru 1-3 bulan dah pandai nak angkat kepala buat kejung, tahan kepala buat keras tengkuk… Fuhhh.. “
” MasyaAllah comelnyaaaaa awakkk babyy… cepatnya masa berlaluu, mcm bru ja kelmarin nmpak post branak, hri ni msuk 23 hari sdh, x prasan tu masa berlaluu.. ”
” Smoga sihat2 hendakNya buat mummy and sekeluargaaa. br bpa hari dh kuat angkt kpla tu.. terigat si ayash kcil dulu …. suka tido mcm nie.. “
” Pandai dia tutup muka elak penyakit ain. Tp setau sy, baby x kembung perut jika d tdokn mcmni, jantungnya kuat… “
” Bukan merajuk Masih baby elak penyakit ain. Ishhh,,geram lah,,comeiii betul tengok dia niarap macam tu.. Comel jekk muka kat bawah.. “
Jelas sekali, kehadiran Akira bukan sahaja membawa kebahagiaan kepada keluarga, malah turut menceriakan hati para pengikut yang setia menantikan setiap detik membesarnya. Semoga Akira membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

