Artis / Selebriti
” Saya tak anggap kamu seperti orang luar, saya anggap kamu seperti ibu saya.. ” – DS Aliff Syukri
Video Dato’ Aliff Syukri buat kejutan menghadiahkan cincin emas buat Bibik Tudung buat ramai tersentuh. Sampai menangis Bibik Tudung, tak sangka Dato’ Aliff beli cincin tu untuk dia sebab awal-awal Dato’Aliff suruh berlakon untuk content je..
Bagi yang mengikuti keluarga Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida, pastinya sering melihat sosok tubuh pembantu rumah yang setia dengan pasangan ini sejak bertahun-tahun dulu yang dikenali dengan nama Bibik Tudung. Tidak hanya sebagai pembantu, Bibik Tudung juga sudah dianggap seperti keluarga sendiri oleh pasangan ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Aliff dan Datin Shahida memberikan satu kejutan kepada Bibik Tudung. Dato’ Aliff membawa Bibik Tudung ke Kedai Emas Siti Jewel untuk membuat content.
Dato’ Aliff berlakon memberitahu Bibik Tudung ini hanyalah lakonan dan meminta untuk Bibik Tudung berlakon memuji cincin emas yang Dato’ Aliff pegang. Dato’ Aliff menyarungkan cincin tersebut di jari Bibik Tudung dan mengatakan kepada jurujual di situ, cincin itu dia belikan untuk Bibik Tudung.

Bibik tudung tidak dapat menahan air mata apabila mendengar kata-kata Dato’ Aliff itu. Datin Shahida dan Qadejah yang turut berada di situ memeluk Bibik Tudung yang sudah menangis kerana terharu dengan layanan dan hadiah berharga daripada majikannya itu.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 14 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kita sekali nangis. rasa bibik ni paling lama dgn dato ..Sebbaik ending takde iklan bag. Boleh terus nangis. Kalau tak kena terus shoping.. “
” Bibik tudung ni dia ikhlas dia jga ank2 Dato’ masak kemas pa…sbb tu Dato’ Syag dan anggap mcm ibunya Dato’…dato ingat jasa dia Dato’ BG perhargaan untuk dia yg xseberapa..klu nk dibandingkan pengorbanan bibik tudung ni tidk blh dibeli dgn wang ringgit..bagus Dato’ datin..bila bibik2 Keja umah dia buat Keja ikhlas hati xberkira dan bersungguh2… insyaallah Dato’ datin akan ingat jsa2 bibik ni.. “
” Susah nak cari majikan macam ni… bibik pun ssh jugak nk Cr yg majikan syg n percaya mcm ni…. contohi lh mereka.. “
” Sukaaa sgt tgk papa n mama treat bibik tudung.. part of family.. Susah nak dpt bibik yg bagus.. majikan yg bagus.. perkeje yg jujur allah s.w.t selalu lindung.. “
” Kenapa aku nangis kat sini.. Rezeki bibik ni tapi memang nampak dia ikhlas semua sayang dia.. Kebahagiaan org yg selalu bersyukur adalah apabila dia membahagiakan org lain.. “
” Datooooooo benci laaa orang nangiss tau. Dia ketawa. Datooo sedihlaa… Datooo tolonglah jangan buat sebak sedih ginii.. “
” Antara pembantu paling lama kerja bibik ni.. Dari zaman Dato’ & datin ada anak angkat Qayyum & Ameena, kalau tak silap saya.. Rezeki dpt bibik baik..rezeki bibik dpt majikan baik.. “
Rezeki Bibik Tudung dikurniakan majikan yang sebaik Dato’ Aliff dan Datin Shahida. Kebaikan yang Bibik Tudung berikan kepada Dato’ Aliff sekeluarga, tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Semoga Dato’ Aliff terus dimurahkan rezeki dan Bibik Tudung dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

