Artis / Selebriti
” Kenapa kita pulak yang menangis ni. Terharu baca wish Azrinaz untuk puterinya.. ” – Komen Netizen
Azrinaz Mazhar Hakim muatnaik video sempena hari lahir anakandanya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang ke 17 tahun. Sebaknya baca bait-bait ayat ucapan khas Azrinaz untuk Puteri Ameerah, rindu yang mendalam..
Pejam celik, pejam celik, kini anak perempuan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim iaitu Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Wad’daulah telah pun 17 tahun usianya.
Saban tahun, warganet pasti akan ternanti-nantikan ucapan Azrinaz untuk puterinya itu. Terpisah beribu batu, kerinduan Azrinaz terhadap Ameerah dizahirkan melalui ucapan istimewanya setiap kali menjelang hari lahir Ameerah dan abangnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel.
Menerusi perkongsian terbaru Azrinaz di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan video Puteri Ameerah. Wajah Puteri Ameerah pada awalnya tidak jelas kelihatan kerana ditutup dengan tangannya, namun di hujung video dapat dilihat seketika wajah Puteri Ameerah.

Ucapan Azrinaz di ruangan kapsyennya pula meruntun hati semua. Berbelas tahun sudah berlalu dan Puteri Ameerah membesar jauh dari Azrinaz. Rindunya pada sesuatu yang berat dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kini tuan puteri sudah dewasa dan menjadi seorang yang cantik persis Azrinaz.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Happy birthday princess Ameerah.. Like mother like daughter… Princess got it from her mama.. “
” Really? Terharu baca wish azrinaz untuk puterinya ini. selamat hari jadi princess Ameerah.. semoga bahagia selalu dan dapat bertemu bersama mama.. “
” One day you will meet her.. Happy 17th Birthday Princess Ameerah.. Beautiful Princess Ameerah, always wish you the best fi dunya wal akhirah.. “
” Kenapa i pulak yang menanges ni? One day, you and your princess will be together forever.. happy birthday princess Ameerah.. “
” Are u guys meet each other?! sorry but I’m crying fr.. MasyaAllah look like you sangat, like mother like daughter, HAPPY BIRTHDAY BEAUTIFUL PRINCESS, WISH YOU ALL THE BEST.. “
” Terharunya baca wish birthday yang ikhlas daripada seorang ibu ni. happy sweet 17th princess Amerah.. “
” Rindu yang tak pernah berpenghujung.. happy birthday puteri Ameerah. makin cantik.. semoga senantiasa di berikan kesehatan dan umur yang panjangg.. “
Sayu hati warganet membaca ucapan Azrinaz untuk Puteri Ameerah. Ramai yang mendoakan agar Azrinaz akan bertemu dengan anaknya ini. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran puteri Ameerah dan semoga menjadi anak yang solehah dan cemerlang dunia akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azrinaz Mazhar Hakim, ig ameerah wardatul
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

