Artis / Selebriti
” Kenapa la aku jadi geram dengan Beatrice ni, melawan hukum menantu, haha.. ” – Komen Netizen
Video sketsa pendek Sheila Rusly melayani permintaan menantunya, Beatrice ingin makan Penne Daging Berlado buat ramai terhibur. Berani ye Beatrice ‘bibikkan’ mak mertua dia kali ni. Part last tu dia ajuk ayat Sheila pulak, haha..
Semenjak kehadiran menantu keduanya Beatrice, Sheila Rusly sudah ada rakan baru membuat content masak memasaknya. Jika sebelum ini Tok Sidang yang selalu ada dalam content Sheila, kini Beatrice pula menjadi pembantu Sheila untuk menjayakan video-videonya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Beatrice yang sedang kelaparan mundar mandir di dapur memikirkan apa yang ingin dimakannya. Sejurus membuka kabinet dapur Sheila, Beatrice melihat stok spagetti dan tertarik untuk makan ‘penne’.
Watak Beatrice sebagai menantu yang suka mengarah mertuanya dan meminta-meminta setiap kali ingin makan memang menjadi lakonannya. Reaksi wajah Beatrice dan lontaran dialognya santai sahaja seperti bukan lakonan, Sheila pula ibu mertua kiriman Tuhan, semua yang menantu mahukan pasti akan dimasak dengan ikhlas.

Warganet terhibur melihat jalan cerita yang dipaparkan dalam content ini. Bukan main lagi Beatrice memanggil Sheila dengan gelaran bibik. Sempat lagi Beatrice selitkan ayat trademark Sheila dalam siri memasak Ketuk Ketuk Ramadhan di hujung video itu.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Anak mantu order aje.. mujur mak mentua handal masak serupa chatgpt.. Kabinet mcm kedai dah.. mcm² jenis pasta.. “
” Sikit hari lg dia sebut “ketuk2 Ramadhan.. Alhamdulillah” haha.. dia je boleh bibik kan sis Sheila haha.. Akak tak leh lah dak Beatrice ni, jarang tak kelakar.. “
” Ketuk2 Ramadan 2.0 ke ni.. Sakit perut gelak kalau menantu sis yg srg ni.. Hahaha kenapa la aku jd geram ngn treace ni hahaha… melawan hukum menantu.. “
” Sis please buat ketuk2 ramadhan bulan puasa nanti dengan menantu kesayangan ni. Alhamdulilah.. rindu btul ketuk2 ramadhan… rncgn ditunggu2 msa puasa.. “
” The only menantu yg bibikkan MIL.. haha kita tgk sis jeling pun dh meremang. suka tgk trice dh smooth lakonannya.. kelakar betul menantu sorang ni.. “
” Sampai hati bibikkan MIL haha, trice nak kena ni.. kemain mengarah sakan aja, sebat dia sis Sheila haha.. tak gugur jantung Sheila layan anak menantu yang seorang ni.. “
” Yaallahhh budak bertuahh part “Alhamdulillah” tu memang tak terjangkau dek akal haha.. hujung2 tag ke dia jg ye hahahaha adoi terhibur.. comell lh menantu n mk mertua nie.. “

Mencuit hati lakonan Sheila dan menantunya ini. Ramai yang terhibur melihat aksi Beatrice yang bersahaja itu. Adakah program Ketuk Ketuk Ramadhan akan disiarkan pada ramadhan kali ini. Mungkin juga impian peminat KKR boleh menonton gelagat Sheila bersama menantunya dalam season baru akan tercapai, sama-sama kita nantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

