Artis / Selebriti
” Kenapa rasa meremang erk tengok video ni. Seram betul weh.. ” – Komen Netizen
Dato’ Seri Vida kongsi video membantu anak Ani Maiyuni, Viviana yang tiba-tiba kurang sihat sebelum membuat persembahan. Meremang tengok, macam ada sesuatu sangat. Dah macam keadaan Amad tahun lepas je. Sampai nak termuntah Viviana dan DS Vida..
Meninjau di akaun Instagram milik usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan dirinya membantu mengubati anak kepada penyanyi Ani Maiyuni iaitu Viviana. Kejadian itu berlaku ketika mereka berada di bilik solekan sebelum berlangsungnya rancangan Talk To My Manager 2.
Menerusi video tersebut, pada awalnya Dato’ Seri Vida memaklumkan bahawa dia ingin pergi menjenguk anaknya, Cik B. Namun secara kebetulan, Viviana turut berada di dalam bilik solekan berkenaan. Dalam masa yang sama, Dato’ Seri Vida menyedari keadaan Viviana yang kelihatan tidak sihat dan apabila disentuh, badannya terasa panas.
Situasi itu membuatkan Dato’ Seri Vida merasakan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena. Malah, beliau turut mengakui mengalami perasaan meremang bulu roma. Tanpa berlengah, DS Vida mengambil inisiatif membaca doa serta Ayat Kursi untuk membantu Viviana. Pada ketika itu, kedua-duanya dilihat batuk serta berasa ingin muntah.

Perkongsian video tersebut nyata mencuri perhatian ramai warganet yang terkejut dengan apa yang berlaku. Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang dan mengaitkan kejadian itu dengan insiden yang pernah dialami oleh Amad, anak kepada penyanyi Siti Saerah, ketika musim pertama rancangan tersebut yang tiba-tiba kurang sihat sebelum membuat persembahan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kenapa rasa meremang erk tengok video ni. Seram betul weh.. Rezeki DS Vida Allah bagi kelebihan macam ni.. “
” Betul kalau ada benda tu mesti rasa panas panas gitu .. Tiba angin keluar pun biasa ada benda tu … Rasa lain.. “
” Kdg bila ada benda ikut aku pun aku dpt rasa pns tu terus baca baca kalau balik lewat mlm kalau rasa ada benda ikut. Cpt ll basuh kaki tggu berapa minit kat luar sambil baca ll surah sikit . Dh hilang rasa berbahang tu baru masuk rumah.. “
” Bkn kaleng2 yer DSV. BERISIIIII.. Terbaik lah, DSV datang tempat pada masanya.. Saya percaya je kalau benda2 macam ni.. “
” Alamak kenapa aku meremang. Macam2 la.. Tengok pun aku dah pening, aura – ve kuat sungguh.. Sekali aku pun nk muntah.. “
” Ni betul ni. . Klo rs nk muntah tu.. Btlla tu.. Adik saya kalau ngubat org pun akan nak termuntah mcm ni.. “
” Tempat Tu mmg Ada tgk Amat kena masa pertandingan akhir.. Cuba korang tengok balik..Tgk tiktok Amad Punya final performance.. “
Dalam masa yang sama, ramai juga yang memuji tindakan pantas Dato’ Seri Vida yang tampil membantu Viviana ketika situasi cemas itu berlaku. Sikap prihatin yang ditunjukkan DS Vida dianggap sebagai satu tindakan yang wajar dan menyentuh hati ramai pihak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG datoserivida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

