Artis / Selebriti
” Time tu saya betul-betul dah takde nafas dah. Saya bergelut lama sangat.. ” – Viviana
Video pendedahan anak Ani Mayuni, Viviana kejadian dibuli teruk oleh senior sekolah buat ramai geram. Teruk betul, sampai separuh ma ti Viviana dikerjakan. Menangis Ani Mayuni masa Viviana bercerita. Tak sangka pembuli tu ada dalam Netball Super League yang disiarkan di Astro..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kita Kita Aje Podcast, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Ani Mayuni dan anaknya, Viviana menjadi tetamu jemputan Kita Kita Aje Podcast yang dipengacarakan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi.
Pada sesi podcast ini, Viviana mendedahkan peristiwa dia dibuli ketika bersekolah di salah sebuah sekolah sukan dalam negara. Kejadian buli ini meninggalkan kesan dan trauma yang mendalam dalam diri Viviana. Kata Viviana, dia dibuli oleh pelajar senior yang merupakan antara pemain dalam pasukan bola jaring sekolah.
Mendengar cerita Viviana bagaimana dirinya diikat dan digantung membuatkan hati warganet meluap dengan rasa marah. Viviana juga melakonkan kembali bagaimana pelajar-pelajar senior tersebut menarik rambutnya dan menampar wajahnya berkali-kali.

Nasib Viviana baik kerana ada seorang kakak senior yang membantu kerana menyedari Viviana sudah hampir separuh ma ti disek sa. Viviana juga mendedahkan secara ekslusif bahawa semua pembuli yang melakukan perbuatan itu kini sedang bertanding dalam Netball Super League yang disiarkan di Astro.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Habislah… aku rasa players nsl.my yg terlibat tgh cuak dh skrg ni. bukan main membuli anak orang.. eeeeeeee janganlah anak sy kena… sy takut saya naik hantu.. dan jgn la juga anak sy membuli… amin.. “
” Kak patutlah Viviana ni nampak sangat matang sbb pengalaman dia sangat2 perit, semoga dia menjadi manusia yg dapat memanusiakan manusia lain. Juga, menjadi bintang dalam industri seni Malaysia.. “
” Bila tiada tindakan terhadap pembuli..itu yang membuatkan mereka berani.. reveal la sape player NSL tu? Viviana ni dulu skolah mana?.. nsl.my cuba la reject terus kalau yg ade kes. Ltk syarat tiada rekod2 buruk.. “
” Budak2 skrg terlalu berani kan..seram buli diaorang, dah tak kira nyawa..tak takut langsung.. Masing ii yg dekat super league dah ketar lutut tu HAHAHAHAH spill je nama! Nak tengok sikit muka ii pembuli tu.. “
” Ya Allah sedihnya.. dorg berani sbb ramai backup. Tp kalau kena sorg2 mmg kecut.. Jangan bagi muka langsung dekat pembuli. Hukuman setimpal perlu diberikan.. “
” Iskk geram pula aku yang dengar.. cuba spill sorang demi sorang.. buli yg another level oiiii…sampai ikat gantung bagai…kifarah tuh ada.. “
” Boleh dah spill nama2 players tu.. brani buat brani tanggung dik.. Kena spill pembuli² ni. Biar undang² yg ajar mereka. Kalau dah ada report polis, apa jadi kpd report tersebut? No further action? Jahat sungguh budak² zaman skrg! Itu perempuan tu belum yg lelaki lagi.. “
Siapa sangka seteruk itu Viviana dibuli oleh senior di sekolahnya dulu. Perbuatan buli yang tidak sepatutnya terjadi lebih-lebih lagi di kalangan pelajar perempuan. Semoga ada keadilan untuk Viviana dan para pembuli ini mendapat balasan yang setimpal atas perbuatan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kitakitaajepodcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

