Artis / Selebriti
” Kita dah tak nak kahwin dah, kita nak kahwin dengan awak je.. ” – Adira Suhaimi
Video Reaksi Dato’ Red Apabila Adira Suhaimi Membuat Pengakuan Hanya Mahu Berkahwin Dengannya Sahaja Raih Perhatian Ramai. Terus Berubah Muka Dato’ Red, Terkedu Dengar Adira Cakap Macam Tu !!
Bagi yang pernah mengikuti live Adira bersama bekas suaminya, Dato’ Red pastinya akan terhibur melihat telatah mereka. Meskipun telah sah bercerai, Adira mahupun Dato’Red masih mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat. Adira juga dilihat sering memberikan semangat kepada Dato’ Red menjalankan perniagaan yang dilakukannya sekarang.
Meninjau di akaun TikTok milik Putehhhx, telah dikongsikan video live terbaru Adira dan Dato’ Red. Menerusi video itu, Adira membuat pengakuan yang dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki lain dan hanya Dato’ Red sahaja yang dia ingin berkahwin kerana Adira memberikan alasan malas untuk memulakan satu perhubungan yang baru.
Dalam masa yang sama, Adira juga seakan memberikan bayangan hanya mahukan Datuk Red sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya. Mendengar pengakuan daripada Adira, kelihatan Dato’ Red agak terkedu dan memandang wajah Adira tanpa bercakap apa-apa.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mendoakan semoga pasangan ini akan kembali bersatu sebagai suami isteri dan menyakat Adira yang dirinya sebenarnya masih menyayangi Dato’ Red tetapi malu untuk meluahkan rasa hatinya.
Tonton video di bawah ini :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #abgredadira #datoredadira #adirasuhaimiabgred #adirasuhaimidatukred
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata peminat turut mendoakan yang baik-baik buat pasangan ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sekali aku tercengang dengar apa Adira cakap. Dato’ Red pun mesti tak sangka kan.. Semoga Allah panjangkan jodoh pasangan ini, nampak serasi bersama.. “
” Buang yang keruh ambil yang jernih, sama2 kita doakan semoga Adira terbuka hati untuk Tok Red.. Nampak masih ada sayang lagi tu.. Mungkin ada perkara yang mahu selesaikan.. “
” Org dh bg hint tu.. Cargas la bertindak org tua… Susun strategi elok2.. Jgn slow sgt tok red.. Hehee.. Aku rasa ami memang sengaja cakap macam tu, tak nak bagi orang lain kacau line, hahaa.. “
” Org lelaki je fhm betapa berbunganya hati bila bekas isteri yg kita syg sgt nak balik dgn kita.. Good luck Dato’ semoga usaha Dato’ nak dapatkan Adira kembali akan tercapai.. “
” Halah halah dalam hati mahu, tapi malu.. Adira, pls lah.. Jangan ambil masa yang lama, kesian kita orang tengok Dato’ Red tau.. Dia betul2 sayangkan Adira.. “
” Mari lah kembali bersatu.. Nampak masing-masing saling menyayangi lagi antara satu sama lain.. Buang ego, duit boleh cari sama2, kasih sayang paling penting.. “
” Wehhhh aku dapat rasa kan yang Adira ni tunggu Dato Red stable kan diri dulu baru dorg get back. Sweett do.. Adira tengah bagi semangat dekat Dato’ Red untuk berjaya.. “
Pernah hidup bersama bertahun-tahun dan mempunyai cahaya mata, bukan mudah untuk rasa sayang itu hilang begitu sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Adira dan Dato’ Red. Semoga akan ada sinar untuk hubungan mereka bersatu kembali nanti.

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

