Artis / Selebriti
” Lawanya, masyaAllah, manis betul. Ini lah rupanya orangnya yang berjaya curi hati Radin.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah penyampai Radio Era, Radin dengan pasangannya, Amirah raih perhatian ramai. Alahai cantiknya Amirah, ayu sangat orangnya. Sama cantik dan sama padan dengan Radin..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan suasana sekitar majlis pernikahan penyampainya, Radin. Perkongsian tersebut segera menarik perhatian ramai yang teruja untuk menyaksikan detik bahagia itu.
Menerusi video berkenaan, majlis pernikahan Radin bersama pasangannya, Amirah telah berlangsung pada malam ini dalam suasana yang cukup indah dan penuh makna. Kedua-dua mempelai kelihatan berseri-seri dan ianya juga menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.
Video pertama memperlihatkan persiapan Radin sebelum melangkah ke fasa baharu dalam kehidupannya. Manakala video seterusnya pula memaparkan ketibaan pengantin di lokasi majlis, yang disambut dengan penuh kegembiraan oleh ahli keluarga dan tetamu yang hadir.

Majlis pernikahan itu disempurnakan sendiri oleh bapa Amirah. Dengan sekali lafaz yang lancar, Radin sah bergelar suami kepada Amirah dan Amirah menerima mas kahwin berjumlah RM15,020.26. Perkongsian video-video ini bukan sahaja mencuri perhatian warganet, malah ramai yang turut menzahirkan rasa gembira dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video-video ini dan warganet juga turut mengambil kesempatan memberikan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawa nya masyaallah subhanallah.. Manis betul orangnya.. Ni lah orangnya yang berjaya curi hati Radin.. Moga bahagiaaaa.. “
” MasyaAllah.. Cantiknya.. Sebak pula tengok Radin. Selamat menempuh hari bahagia Radin bersama isteri tercinta.. “
” Masha Allah.. Cantik wife radin.. Semoga ikatan yg dibina kekal hingga ke akhir hayat.. Tahniah sama cantik sama padan.. “
” MasyaAllah.. Know know nak kawin dah.. Tahniah Radin.. Tak sabar nak tengok siapa gerangan bakal isteri, mesti bagai pinang di belah-belah.. Sama cantik sama hensem.. “
” Congrats Radin.. Selalu dia jadi emcee org kawin, harini dia plak yang kawin. Semoga bahagia kekal sampai Jannah.. “
” Omg.. Baru td post rahsia tuhan, know2 dah nak nikah. Congratsssss Radin.. Moga Radin dan pasangan bahagia hingga ke syurga.. “
” Alhamdullillah.. Tahniah Radin. Semoga kekal bahagia bersama pasangan hingga ke hujung nyawa. Aamin YRA.. “
Kecantikan isteri Radin turut menjadi bualan hangat di kalangan warganet yang terpegun melihat pesonanya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Radin dan Amirah. Didoakan semoga perkahwinan kalian kekal bahagia hingga ke syurga, amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

