Artis / Selebriti
” Cantiknya wife Radin ni, sekali pandang nampak macam Siti Khadijah.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis pernikahan penyampai Radio Era, Radin bersama suri hatinya, Amirah curi perhatian warganet. Masya Allah, cantik betul isteri Radin ni. Sweet sangat reaksi Radin jeling masa Amirah masuk ke dewan..
Tiada angin, tiada ribut, penyampai radio Era FM, Radin akhirnya mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya hari ini. Baru sahaja berlangsung majlis ijab qabul antara Radin dan gadis pilihan hatinya, Nur Amirah Shamsulbahrin di Ukay Hills – Private Event Estate & Lifestyle Suites.
Majlis ini diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan rakan terdekat Radin dan Amirah sahaja. Radin memberikan mas kahwin berupa wang tunai bernilai RM15,020.26 kepada isterinya ini. Hanya dengan sekali lafaz sahaja Radin sah sebagai suami Amirah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan reaksi Radin ketika melihat Amirah masuk ke dewan persandingan. Kedua mempelai kelihatan cantik dan menawan dalam busana pengantin berwarna putih.

Warganet memberikan pujian setelah melihat kejelitaan isteri Radin itu. Radin sendiri terpegun dan asyik melihat wajah isterinya. Seketika kelihatan wajah Radin sebak dan memetik komen warganet, mungkin Radin terkenangkan arwah ibunya yang tidak sempat melihat dirinya mendirikan rumahtangga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congrats Radin dan wife.. cantiknya wife radin ni, sekali pandang nampak macam Siti Khadijah tu.. semoga segala urusan dipermudahkan.. “
” Cantiknya macam Siti Khatijah.. subhanaAllah lawa sangat tak puas tengok ratu hati Radin ni.. tahniah radin.. radin sebak tu mesti teringat arwah maknya kan.. tak sempat tengok radin kahwin.. “
” Masya Allah lawanya bini Radin.. sebak pula tengok radin.. Selamat menempuh hari bahagia radin bersama isteri tercinta.. “
” Cantiknya wife Radin.. ni lawyer kakak Dahlia Rizal.. ketua dah kahwin akhirnya.. semoga berkekalan sampai ke anak cucu Radin dan wife.. “
” Subhanallahh cantiknyer.. Alhamdulillah tahniah radin_era dan pasangan.. berseri2 pengantin semoga sama sama membina rumah tangga yang kekal bahagia hingga ke syurgaaaa … aaminnn.. “
” Takpe la lambat sikit..dapat yg terbaik..semoga bahagia selalu radin..menyayangi dan disayangi.. cantik betul wife Radin ni, manis ayu je.. “
” Masha Allah.. cantik wife radin.. sama cantik sama padan. semoga ikatan yg dibina kekal hingga ke akhir hayat. Congratulations. Senyap2 ja dia tnpa heboh2 bagus.. “
Tidak puas warganet melihat kecantikan wajah isteri Radin ini. Pasangan yang sama cantik dan sepadan. Semoga ikatan rumahtangga yang terbina ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan kedua-duanya saling melengkapi antara satu sama lain. Selamat pengantin baru Radin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, ig radin Era , Portal Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

