Artis / Selebriti
” Lawanya mata Aisha. Manis macam ibu dia la.. ” – Netizen
Fasha Sandha Kongsi Video Sedang ‘Bersembang’ Dengan Anak Bongsunya, Aisha Amaira. Alahai Dah Pandai Senyum, Comel Sungguh Aisha. Cantik Mata Hazel Dia Tu !!
Terbaru telah dikongsikan satu video yang berdurasi dua minit enam belas saat oleh Fasha Sandha bersama buah hati terbarunya iaitu Aisha Amaira hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, Aidil Aziz di laman Instagram. Video tersebut memaparkan Aisha yang sedang berada di pangkuan Fasha dalam sebuah kenderaan miliknya.
Video yang disiarkan melalui Instagram Fasha telah memperlihatkan kecomelan rupa paras Aisha serta perkembangan positif mengenai tumbesaran anaknya. Raut wajah yang sentiasa tersenyum tidak tumpah seperti senyuman yang cantik ibunya bak peribahasa melayu ” ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi “.
Sorotan video tersebut juga memaparkan perbualan Fasha bersama anaknya. Aisha sentiasa kelihatan tersenyum ketika Fasha memujinya. Antara bait – bait pujian Fasha ialah ” manisnya senyuman awak adik, budak baik serta budak bertuah ibu “. Aisha yang tersenyum seolah – olah memahami pujian ibunya. Pandai betul si comel Aisha ni.

Setiap manusia diciptakan dengan ciri-ciri keunikan yang tersendiri. Selain daripada senyuman manis Aisha yang membuatkan para ibu – ibu yang terpikat tidak dinafikan juga Aisha mempunyai sepasang mata yang menarik. Cantiknya bebola mata Aisha, sangat bulat dan menawan. Warnanya seakan warna hazel.
Jom tonton video di bawah :
Ramai peminat yang memuji kecomelan Aisha terutama sekali bahagian matanya. Antaranya komen – komen yang dit1nggalkan ialah :
” Alololo comel.. Lawonya mata aisha.. Manis macam ibu dia la.. “
” Cantik nya Anugerah Allah yg terindah.. Ya Allah comelnyaaaaa aishaaaa.. “
” Assalamualaikum Aisha… Warna mata… Pacaknye rambut comei.. “
” Comel sgtlah baby ni.. Comelnya… mata dia hazel.. “
” Cute.. mcm anak patung.. manis betulll.. Cantik la mata dia.. nak pinjam.. “
” Aisyah .. cantik.. anak yg baik, nnti besar jadi ank solehah ye nak.. ank ayh ibu.. “
” MaSyaa Allah… comeyyyy sangat. Gerrrr4mm pipi montell.. “
Alahai comel sungguh si kecil molek Aisha. Rata-rata peminat ibunya memuji dan mendoakan yang baik-baik untuknya. Semoga Aisha sentiasa berada dalam Rahmat Allah SWT dan menjadi seorang puteri yang sentiasa disenangi dan berbakti kepada ibu dan ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

