Artis / Selebriti
” Lenggok suara keturunan Tokti ni yang mahal tau. Dengar je terus rasa meremang.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berduet Bersama Anak Saudaranya, Ummi Umairah Menyanyi Lagu ‘ Umpan Jinak Di Air Tenang’ Dan ‘Bukan Cinta Biasa’. Power Lah Paduan Suara Tokti Dengan Umai. Sekali Dengar Suara Umai Dah Macam Suara Tokti Lah !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan DS Siti mengadakan majlis sambutan hari lahir kedua-dua anaknya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Difahamkan sambutan tersebut diadakan serentak kerana hari lahir Aafiyah baru-baru ini jatuh pada bulan Ramadan. Video seterusnya memaparkan DS Siti berduet menyanyi bersama anak buahnya, Ummi Umairah atau lebih mesra dengan panggilan Umai.
Pada awalnya, DS Siti dan Umai menyanyikan lagu bertajuk ‘ Umpan Jinak Di Air Tenang ‘ nyanyian asal oleh penyanyi Datuk Ahmad Jais. Seterusnya pula, mereka berduet menyanyikan lagu DS Siti sendiri yang bertajuk ‘Bukan Cinta Biasa’ .

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum mendengar suara Umai dan mengatakan Umai mewarisi suara yang lunak daripada DS Siti. Bukan itu sahaja, ramai yang mengatakan Umai mampu menjadi penyanyi terkenal serta berbakat besar suatu hari nanti seperti ibu saudaranya itu.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan mereka memuji suara DS Siti serta Umai. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lenggok suara keturunan Tokti ni yang mahal tau. Dengar ja terus rasa meremang.. Sedap betul suara Umai sekarang, Tokti pun maintain je suara.. “
” Boleh kuasai nyanyian melayu, english & mandarin… Tahniah Umai.. One day boleh kuasai hiburan Malaysia, Taiwan, hongkong China.. “
” Lenggok tradisional Umai sedapppp, susah nk jumpe pelapis baru nyanyi sedap mcm Tokti.. Umai bakal menyambung legasi ibu saudaranya.. “
” Pelapis Siti.. Alhamdulillah umai ni berbakat harap siti boleh tunjuk ajar dia.. Makin besar makin cantik lah Umai.. “
” Boleh ke hadapan lgi Umai ni.. Suara Umai sedap.. Tp Tok Ti lunak merdu.. love Tok Ti forever.. Tak pernah mengecewakan kan.. “
” Toktie kluar suara je terus meremang.. Ya Allah aura Toktie tu tak tahu lah nk ckp cmne.. Umai please kluarkan single irama traditional sbb susah skrg nak cari pelapis.. Sedap pulak.. “
” Suara Umai berlemak lah.. Sedap sgt nyanyi lagu tradisional.. Lenggok pun sedap.. Umai has grown so much as a singer.. Teruskan perjalanan Umai.. “
Suara DS Siti memang tidak dapat disangkalkan lagi kemerduannya dari dahulu sampai sekarang. Umai juga sangat berbakat dan sudah memasuki banyak pertandingan nyanyian. Semoga segala usaha Umai untuk terus maju jaya dalam bidang seni suara seperti ibu saudaranya akan membuahkan hasil suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

