Artis / Selebriti
” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
Penjelasan Thalita takut ada yang tersalah faham dirinya sedang menjeling mata dalam sebuah video yang dirakam secara senyap-senyap oleh seorang peminat. Ini respon tuan badan sendiri..
Meninjau di akaun TikTok milik anonymous_022494, telah dikongsikan satu video yang memaparkan detik pemilik akaun tersebut terserempak dengan Thalita, anak kepada pelawak terkenal Shuib di sebuah perhentian rehat. Menerusi rakaman itu, kelihatan Thalita sedang berbual santai bersama bapanya di meja makan.
Menurut pemilik akaun berkenaan, video tersebut dirakam secara senyap tanpa pengetahuan Thalita. Namun, dia turut menjelaskan bahawa momen yang dirakam itu bukanlah situasi Thalita sedang menjeling, sebaliknya ia hanyalah rakaman yang diperlahankan (slow motion).
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian apabila Thalita sendiri tampil memberikan respon. Thalita menjelaskan bahawa dirinya tidak menjeling seperti yang disangka, sebaliknya menyangka individu tersebut sedang membuat panggilan video dan tidak menyedari dirinya sedang dirakam pada ketika itu.

Di akhir penjelasannya, Thalita turut mengambil pendekatan matang dengan memohon maaf sekiranya berlaku salah faham. Tindakannya itu jelas memperlihatkan sikap profesional dan bijak dalam menangani situasi yang boleh mengundang persepsi negatif.
Tonton video di bawah ini :
@anonymous_022494 Dapat jumpa dekta dekat rnr gurun. Mmg cantik sgt. jgn salah faham, dekta bukan jeling. Sbb last kami buat slowmo.
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Video slowmo so nampak macam jeling . Padahal pandangan biasa je tu . Tapi bagus la tata explain untuk elak fitnah.. “
” Masa dy pandang ke akak,mmg iras muka arwah ibunya.. Rasa macam arwah sarah yang tengah pandang.. “
” Nmpak dia bukan jeling, tp lebih pd pandangan kosong yg bila lama pandang end akan seolah mcm menjeling. Sbb saya pun jenis mcm tu bila pandang sesuatu yg lama.. “
” Terlepas dr org coment ape psl dekta, menurut pandanganku dia cantik lawa je.. Korang yg suka coment negatif t, dah elok sgt ke .. “
” Ya Allah. Bila dia pandang, sebiji muka arwah mak dia. Semoga talita jadi anak yg baik, anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat. Aamiin².. “
” Selama ni ku ingat muka Talita ikut bapak.. Tapi sni nampak muka mak dia.. Makin besar makin cantik dan manis.. “
” Muka dia mmg muka ibu… Cuma bentuk muka mcm ayahnyaaaaaa.. Tengok muka Thalita sejuk je.. Terus teringat arwah Siti Sarah.. “
Respon Thalita :

Ramai yang memuji cara Thalita menjelaskan keadaan sebenar bagi mengelakkan fitnah. Selain itu, ada juga yang menyatakan wajahnya persis arwah ibunya, Siti Sarah. Ramai juga turut memuji kecantikan Thalita yang dilihat semakin menyerlah dari hari ke hari.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok anonymous_022494
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

