Artis / Selebriti
” Azad nampak real tapi Aedy macam duk tahan gelak. Nasib Bos Oney tak pengsan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Pak Azad dan Aedy Ashraf buat prank sempena hari lahir Boss Oney buat ramai terhibur. Fuhhh, takut tengok Pak Azad dan Aedy bergaduh. Naik pening Boss Oney, nasib baik tak ada sakit jantung, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pertarungan antara kumpulan 3PE dan pelakon filem TARUNG. Pertarungan tersebut turut disertai oleh pelakon Aedy Ashraf bersama beberapa individu lain, manakala Boss Oney tampil sebagai pengadil bagi perlawanan tersebut.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah dua video yang memaparkan situasi tegang apabila berlaku sedikit pergaduhan antara Pak Azad dan Aedy Ashraf. Kejadian itu mengejutkan penonton, apatah lagi apabila suasana dilihat seolah-olah semakin serius.
Dalam keadaan tersebut, kelihatan Nabil Ahmad cuba menenangkan keadaan dengan meleraikan pergaduhan itu. Boss Oney juga turut memainkan peranan untuk meredakan situasi, menjadikan momen itu lebih mendebarkan buat mereka yang menonton.

Namun begitu, segala tanda tanya akhirnya terjawab apabila rupa-rupanya ‘pergaduhan’ tersebut hanyalah satu prank yang dirancang khas. Ia sebenarnya merupakan kejutan sempena sambutan hari lahir Boss Oney pada hari tersebut. Sehingga kini, perkongsian video-video itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pause 0:56 nampak pak azad nak ketawa tu hahaha.. Nasib Bos Oney tak pengsan kena prank mcm ni, haha.. “
” Aku mula dah caya tgk muka pak azad merah padam eh last sekali dia gelakkkkk hahahhahaha.. Hahaha kantoi, camera nampak sangat ngelat diorang gelak.. “
” Konten pun agak ii laa ,ingat Kami niii mudah tertipuu kaaa.. Main gila anak antoo penang nohhh, hahaha.. “
” Laaa prank birthday boss oney rupanya.. Happy birthday boss oney.. Ingatkan gaduh betul-betul tadi.. “
” Ketukan sorang sekali 3 abdul tu boss oney. Anyway’ happy birthday boss oney, hehehehe prank menjadi.. “
” Laaaa prank menjadi kot .. Hahahaha sian boss oney dah berdebar2 dahh.. Nasib beliau tak ada sakit jantung HAHHAA … Kesian aku tengok video lagi 1 … Kowg memang lah .. “
” Azad nampak real tapi aedy macam dok tahan nak gelak.. Aku rasa dh biru hijau muka boss tu td! Korang punnnn, boleh sakit jantung.. “
Perkongsian video berkenaan bukan sahaja berjaya mencuri perhatian ramai, malah ramai yang terhibur dengan kreativiti dan gelagat spontan mereka yang menjayakan prank tersebut. Apa-apa pun, happy birthday Boss Oney, semoga Boss Oney terus diberikan kesihatan yang baik serta segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

