Artis / Selebriti
” Macam baru-baru nak bercinta lidah kelu memasing bila berjumpa ek, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Emma Suhaimi Bertanya 5 Soalan Panas Kepada Adira Suhaimi Dan Dato’ Red Ketika Live. Masa Dato’ Red Masuk Live, Kelu Lidah Masing-Masing. Part Emma Tanya Dato’ Red Rindu Adira Tak, Laju Betul Dato’ Red Jawab Yer, Hehe !!
Adira Suhaimi dan Dato’ Red sudah tidak ada apa-apa lagi ikatan setelah tempoh iddah Adira habis beberapa hari yang lalu. Pada waktu itu juga, Dato’ Red dikatakan membawa diri mencari ketenangan dan mengubati kesedihannya kerana perlu menerima kenyataan status baru mereka.
Beberapa hari juga lah Dato’ Red hilang dari radar dan tiada sebarang live daripada Dato’ Red. Meninjau akaun Tiktok Putehhhx, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru antara Emma Suhaimi, Adira dan Dato’ Red. Ketika wajah Dato’ Red muncul di skrin, terkedu seketika Adira.
Tiada kata-kata yang keluar dan Adira hanya melihat Dato’ Red. Umpama pasangan yang baru berkenalan, kedua-duanya tersenyum malu apabila diusik oleh Emma. Dato’ Red rupa-rupanya sudah menanti di depan pagar rumah Adira untuk membawa Adira keluar makan.

Sebelum Adira keluar, Emma meminta Dato’ Red menjawab beberapa soalan panas. Antaranya Emma bertanya sama ada Dato’ Red ada menangis pada hari itu. Emma juga bertanyakan sekiranya Dato’ Red ada merindui Adira. Laju betul Dato’ Red menjawab ‘rindu’ sambil tersenyum-senyum.
Jom tonton video di bawah :
@putehhhx #abgred #datored #adirasuhaimi #adirasuhaimireal #datoredadira #abgredadira #datoredamiadira #adirasuhaimidatukred
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam baru-baru nk bercinta lidah kelu memasing bila berjumpa ek hehe. Emma memahami AMI dengan abang red dan cuba satukan mereka. terbaik emma.. Thank you emma, happy tengok abg red dan ami.. ”
” Jujur nampak muka abg red tu sedih bila dpt tgk adira happy xtp xdpt nk lepaskan… moge dua2 kembali.. penat sengih-sengih tengok tt ni.. ”
” Sy tgk live diorg mlm td berdekah2 gelak sorang2. Emma kakak yg terbaik nk satukan adiknya kembali . Semoga Allah angkat DOA kita SEMUA supaya pasangan ini bertemu JODOH semula AMINNNNN.. ”
” Nak sangat tgk abg red n Ami bersatu kembali.. mereka berdua ni mmg serasi sgt.. Laju abang red jawab rindu.. Puas hati dapat tgk live emma mlm td sampai kita pun tersenyum2 dibuatnya.. ”
” Ya Allah bahagia tngk dato dgn ami .. dato pun jgn la buat hal. dari ami tu janji nk nikah balik dgn dato nnt x jadi baru tau.. ”
” Malu-malu pulak diorg ni macam tak kenal pulak hahahaha.. nampak Abg red dan Adira dua2 masih sayang menyayangi. semoga mereka berjodoh kembali Aamiin.. ”
” Happy betul kita malam ni Ya.. malu-malu ja ami dgn dato red.. Laju abg red pakai perfume.. si emma sempat lagu memaki haha.. Best gila malam ni, terbaik lah emma.. ”
Tumpang gembira follower yang mengikuti live mereka bertiga semalam. Mesti ramai yang berbunga-bunga hati apabila dapat melihat semula muka ceria Abang Red dan Adira itu. Semoga yang baik-baik sahaja untuk pasangan ini dan dipermudahkan segala urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Putehhhx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

