Artis / Selebriti
” Maintain cantik lah Arni ni. Anak-anak perempuan pun cantik-cantik.. ” – Komen Netizen
Gambar terbaru Arni Nazira bersama suami dan anak-anak raih perhatian ramai. Maintain cantik betul lah Arni ni, tak banyak berubah. Anak-anak pun cantik dan handsome belaka..
Nama penyanyi dan pelakon Arni Nazira dikenali ramai sekitar era 90an dahulu. Pelantun lagu Cinta Antara Benua ini juga antara watak penting dalam filem Nafas Cinta dan Bara. Arni selepas itu menyepi dari bidang seni dan fokus menjadi suri rumah serta menjaga anak-anak.
Meninjau entry di akaun Instagram Majalah Nona dan Arni Nazira, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Arni bersama suaminya, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar dan anak-anak mereka. Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha anak bersama Dato’ Awie.
Manakala Wan Muhammad Mua’dz, Wan Ayesha Maserra dan Wan Muhammad Mushrief anak bersama Hazrie. Melihat wajah Arni pada usianya yang sudah 46 tahun, ramai yang kagum dengan kecantikan Arni. Maintain cantik dan awet muda Arni ini.

Wajah Arni kelihatan begitu berseri-seri dan nampak bahagia dan gembira dengan kehidupannya sekarang. Arni yang tinggi lampai dan tidak perlu bersolek tebal sudah cukup menawan di mata semua. Melihat Arni dan anak-anak perempuannya sudah seperti kakak bersama adik-adik.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Arni tetap manis seperti dahulu. begitu juga anak anak dara Arni.. cantik cantik semuanya, secantik mamanya.. “
” Cantik Arni macam dulu juga.. Tiil Jannah family ini. Jalan cerita setiap orang berbeza-beza. anak anak dengan awie pun dah besar, anak dara dh.. “
” Cinta antara benua, ingat lagi lagu tu.. Maintain cantik lah Arni ni.. sweet je tengok arni dengan anak-anak.. macam dengan adik adik je.. “
” Anak anak perempuan dengan dato Awie cantik cantik.. Alhamdulillah syukur.. arni pun cantik sangat.. dekat luar lagi lawa.. “
” Cantik Arni ni.. saya jumpa dekat sogo dengan suami dia .. murah dengan senyuman saya tengok dekat dia.. “
” Saya pernah berselisih dengan Arni.. memang lagi lawa dekat luar dari dalam gambar.. still cantik, tak makan gambar.. “
” Arni ni dekat luar lagi cantik dan kelihatan muda tau. Cantik dan jelita dari dulu lagi, tak puas tengok muka dia. lembut je.. alhamdulillah.. “
” Sis approve dia memang cantik, umur muda dengan umur sekarang tak de beza pun muka Arni.. maintain awet muda ni.. “
Walaupun Arni sudah tidak aktif dalam dunia seni, namun perkembangan Arni masih diikuti oleh peminatnya. Semoga Arni gembira dan berbahagia selalu bersama suami dan anak-anak tersayang dan dipermudahkan semua urusan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, IG Arni Nazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

