Artis / Selebriti
” Mak Jenny ni sumpah kelakar, confident dia tak boleh tahan, haha.. ” – Netizen
Video ibu Nubhan, Mak Jenny bermain permainan Monang Sojota bersama Dato’ Jalaluddin Hassan buat warganet terhibur. Fuh garang bonar pesertanya pun, host pulak kena bahan. Kelakar betul Mak Jenny ni. Boleh pulak huruf tu hlang. Berdekah semua gelak, haha..
Sebut sahaja nama Mak Jenny, pastinya warganet akan terbayangkan ibu kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan AF. Percakapan Mak Jenny dalam loghat negeri sembilan yang pekat seringkali membuatkan warganet ketawa mendengarnya.
Meninjau akaun Tiktok Nubhan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan aksi Mak Jenny bersama pengacara dan pelakon terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan. Bermain permainan Jenny Want To Be A Milionnaire, gelagat Mak Jenny membuatkan ramai terhibur.
Mak Jenny yang cakapnya jujur dan tidak berselindung membuatkan warganet yang menonton video ini ketawa dari awal sehingga akhir video. Kata Dato’ Jalal, tak pernah lagi hos kena marah dengan peserta. Bertubi-tubi juga lah Dato’ Jalal kena bahan dengan Mak Jenny.

Soalan-soalan yang diberikan juga mencuit hati dan talian hayat juga kelakar. Kreatif betul Nubhan dan untuk makluman semua ini adalah salah satu cara Nubhan gunakan untuk reveal jumlah jualan produk Mak Jenny yang terkini. 12 juta total sales, memang hebat lah.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@nubhan86 Rasa2 mak jenny menang tak RM1 juta? Adoiii sampai pening dato Jalal melayankan mak den ni 🤣🤣🤣 #fyp #fypシ #omakjenny #nubhan Venue: @Royale Chulan Damansara Deco: @Ritz Reka Prodution: @CoGearOfficial
@nubhan86 Part 2. Habis dato jalal kena sound dengan Mak Jenny🤣🤣🤣 lawak terok! Tengok smpai habis geng🙊 Sapa nak jadi agen, kl1k L1nk di B1o sekarang…promo pendaftaran RM99 akan dibuka soon! 😘 #fyp #fypシ #omakjenny Venue: @Royale Chulan Damansara Dece: @Ritz Reka Production: @CoGearOfficial
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Nubhan ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Naya ada peserta macam Mak Jenny ni haha.. Pecah perut tengok gelagat Mak Jenny ni.. spontan betul mak jenny, lawak abis.. ”
” Mak Jenny buat aku gelak guling-guling, nasib sorang-sorang haha. Mak Jenny pecah tradisi marahkan host haha.. ”
” Mak Jenny ni sumpah kelakar.. berdekah tengok mak jenny.. Transparent abis Omak Jenny ni, geli hati kita.. ”
” Tak buleh move den tengok mak jenny kelakar bonar haha.. ado lae video ea macamni aa seronok gelak.. sporting, spontan.. ”
” Mat1lah nak dapat peserta macam ni haha.. mak jenny bikin sis sakit perut ketawa… pecah perut tengah malam lalu fyp.. ”
” Mak Jenny buat lawaklah, hos kena bahan weh haha. Mengekek ketawa tengok mak jenny ni.. lucu sangat-sangat.. ”
” Letih la aku gelak.. mak jenny punya konfiden aku tak boleh tahan haha.. Dekah aku, lucu la mak jenny.. ”
Siapa yang tidak ketawa besar mendengar kata-kata Mak Jenny itu. Nubhan dan yang ada di situ pun tak boleh menahan ketawa. Dato’ Jalal pun terbahak sama dengan Mak Jenny punya reaksi. Apa-apa pun, tahniah Mak Jenny dan Nubhan atas kejayaan yang dicapai dan semoga terus dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nubhan86
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

