Artis / Selebriti
” Mantap lah suara Hussain, aura tu memang dari kecil dah ada.. ” – Komen Netizen
Video throwback Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu Joget Menyusun Kasih ketika berusia 12 tahun raih pujian warganet. Fuh, masa kecil pun suara dah power. Sedap betul suara Hussain, kena remake semula nyanyi lagu ni Hussain..
Hussain Jamilul Hayat antara nama yang menjadi sebutan warganet. Peserta Talk To My Manager ( TTMM2 ) musim 2 ini merupakan anak kepada penyanyi popular era 80-an, Jamilul Hayat dan juga anak saudara kepada Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sir.brian05, telah dikongsikan satu video yang memaparkan throwback ketika Hussain berusia antara 12 ke 13 tahun. Video ini dirakamkan oleh abang Hussain, Taqwa atau mesra dengan panggilan Ali.
Bakat Hussain sudah dapat dikesan oleh Ali sejak Hussain masih kecil lagi. Hussain selalu menyanyi di dalam bilik air sambil diiringi petikan gitar. Menerusi video ini, terdapat 2 buah lagu yang dinyanyikan oleh Hussain. Lagu pertama berjudul Joget Menyusun Kasih.

Lagu ini antara lagu popular dendangan ayah Hussain sendiri. Suara Hussain memang ada lunak dan merdunya yang tersendiri. Memetik komen warganet, suara Hussain belum pecah pun sedap didengar. Hussain sememangnya menyambung legasi Jamilul Hayat.
Jom tonton video di bawah :
@sir.brian05 Assalamualaikum guys ni adalah video hussain masa umur 12-13 tahun .. masa ni abang dia taqwa (ali) dah dapat rasa adik dia ada bakat sejak kecil lagi … alhamdulillah sebak tengok video ni sebab abang dia selalu record adik dia menyanyi di dalam bilik air…. 🥲✌️👍🤲…. In sya allah @IamHussainJamilul tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu … kita merancang allah yg menentukan 🤲#fypシ゚viraltiktok #fypシ #fypppppppppppppppppppppp #TeamHussain
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wah mantap lah Hussain.. padu oo tak pecah. by the way, apa tajuk lagu first tu eh.. sedap pulak dengar.. “
” Lagu Joget Menyusun Kasih lah.. tengah dengar dekat Youtube, sedap pulak. Kena suruh Hussain remake balik ni, sedap dia nyanyi.. “
” God luck Hussain Talk To My Manager 2 champion.. semoga kejayaan milik Hussain.. terbaik Hussain, senyum selalu ok.. “
” Mantap lah suara Hussain, aura tu memang dari kecil dah ada.. MasyaAllah ini yang kita mahu.. addicted siot dengar suara Hussain.. “
Bakat nyanyian Hussain memang sejak kecil lagi sudah kelihatan dan cuma sekarang, ianya digilap agar Hussain lebih menonjol di mata orang ramai. Suara yang mendayu-dayu dan ada daya tarikannya tersendiri untuk membuatkan orang teruja untuk mendengarnya sampai ke akhir.

Kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Mungkin pentas TTMM2 ini akan menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang lebih besar dalam hidup Hussain. Semoga Hussain akan menjadi penyanyi yang popular sebagaimana ayahnya kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sir.brian05 , IG Hussain Jamilulhayat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

