Artis / Selebriti
” Memang lah sedih sebab impian mak Radin nak tengok Radin kahwin.. ” – Komen Netizen
Video Radin tidak dapat menahan sebak ketika melihat gambar suntingan AI arwah kedua ibu bapanya di pelamin buat warganet tersentuh. Impian ibu dan ayah Radin yang tidak kesampaian untuk tengok Radin nikah. Touching sangat..
Selesai sudah majlis ijab qabul penyampai Era FM, Radin dan pasangannya, Nur Amirah Shamsulbahrin. Hanya dengan sekali lafaz, Radin dan Amirah sah bergelar pasangan suami isteri. Banyak moment suka dan duka yang dirakamkan sepanjang majlis tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era dan Tiktok Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan reaksi Radin ketika melihat gambar AI arwah kedua ibu dan bapanya di pelamin. Gambar ini dihasilkan dengan AI agar kelihatan bergerak.
Radin tidak dapat menahan air matanya ketika melihat paparan gambar tersebut. Radin memberitahu, gambar itu diambil ketika usianya masih belasan tahun. Memandangkan arwah ayahnya tidak suka bergambar, itu satu-satunya gambar yang ada dalam simpanan Radin.

Tambah Radin lagi, dia memang rapat dan manja dengan arwah kedua ibu bapanya. Besar impian Radin untuk ibu dan bapanya ada bersama meraikan hari bahagianya itu. Walaupun sekadar gambar, ianya cukup untuk Radin merasai seakan-akan ibu dan bapanya itu ada bersama-sama di majlis tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Radin jelaskan gambar Ai kedua arwah ibu bapanya di Majlis Pernikahannya 🥺 Al-fatihah #ERARadioNo1PalingLegit
Lebih 700o tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rindu arwah mak dgn ayah. siape yg kehilangan salah seorg dlm keluarga mesti tahu perasan tu mcm mane.. “
” I feel u radin walaupun aku tak kawin lagi.. Al Fatihah untuk arwah parents Radin semoga syurga tempat nya. Tahniah Radin & wife. Semoga kekal bahagia bersama hingga ke syurga.. “
” Eh mata masuk habuk jugak lah, memang lah sedih sebab impian mak radin nak tengok radin kahwin.. aku pun nangis sama, bukan boleh hati tisu ni.. “
” Sedihnya, kenapa aku pulak yang ikut nangis ni.. jatuh air mata ni… Al fatihah untuk kedua orang tua abang radin.. “
” Arghh dalam gembira ada dukanya bila kedua ibu bapa tak sempat tengok radin mendirikan rumahtangga. al fatihah untuk ibu bapa radin.. ” ‘
” Sedihnya, hati anak mana yang tak sedih bila dah tak ada kedua ibu bapa di hari bahagia.. jasadnya jauh di sana, namun tetap dekat dengan hati radin.. “
” Sedihnya tengok, kalau aku takde nak tahan-tahan dah. confirm aku meraung dekat situ jugak.. al fatihah untuk kedua mak ayah radin.. “
Kesedihan Radin yang turut dirasai oleh warganet yang menonton video ini. Jasad kedua ibu bapa Radin jauh di sana, namun pastinya sekiranya ibu dan ayah Radin masih ada, mereka orang yang paling bahagia melihat Radin bertemu cinta hatinya. Sama-sama kita sedekah bacaan Al-fatihah untuk kedua ibu bapa Radin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, Tiktok Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

