Artis / Selebriti
” Serius memang sedap suara dia, bukan cantik semata-mata. Macam suara Noreen Noor, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Azeva menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah, Seandainya Masih Ada Cinta di minggu ke 4 Talk To My Manager 2 raih pujian ramai. Fuhhh padu lah suara Azeva. Patutlah jadi juara minggu ini. Jaclyn Victor pun puji dan kata meremang dengar suara Azeva..
Azeva antara salah seorang peserta program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) yang mempunyai ramai peminat. Selain dikurniakan wajah yang cantik, Azeva memiliki vokal yang merdu dan sedap didengar. Dari minggu pertama lagi, persembahan Azeva antara yang dinanti-nantikan oleh peminatnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Azeva di minggu ke 4 TTMM2. Azeva mendapat tugasan untuk mendendangkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta, lagu asal nyanyian Dayang Nurfaizah.
Meninjau komen warganet, ramai yang memuji kehebatan suara Azeva. Malah penghayatan Azeva untuk lagu ini juga terbaik. Penceritaan dan drama yang dirangka oleh managernya, Datuk A. Aida sangat mengena dengan lagu nyanyian Azeva ini.

Penyanyi senior, Jaclyn Victor yang hadir sebagai juri jemputan juga memuji suara Azeva itu. Menurut Jaclyn, lagu ini lagu yang susah untuk dinyanyikan tetapi Azeva berjaya membawakannya dengan cukup sempurna sehinggakan dirinya merasa meremang menonton persembahan Azeva.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Azeva is a star in the making. Dia ni sepatutnya masuk bigstage.. macam suara Noreen Noor, lemak merdu gitu.. “
” Antara top performer Azeva ni.. tone suara dia sedap didengar dan bersih je.. meremang bulu roma dengar azeva nyanyi lagu ni, penuh penghayatan.. “
” Jac puji gila-gila tak tahu la kalau tak dapat juga no 1. Weols ni suka sangat tengok azeva malam ni tau.. “
” Cantik betul azeva ni. Dia memang ada aura luar biasa.. tak puas mata memandang. Superb show.. “
” Tone suara sgt cantik. Kalau kena dgn lagu adele atau kelly clarkson ni, perrrgghh! Masuk weii.. “
” Aura manja. suara bulat padu.. memang penyanyi.. bahasa badan cantik.. azeva pun ada aura sendiri..suara tersendiri pakej personaliti yg mnarik.. “
” Serious memang sedap suara dia, bukan cantik semata mata.. Mantap nyanyian Azeva diminggu 4 diTTMM2. Menyanyi dgn penuh perasaan.. “
Persembahan yang penuh penghayatan daripada Azeva dan melayakkan dirinya untuk meraih tempat pertama pada minggu ini. Azeva sememagnya mempunyai auranya tersendiri dan vokalnya juga semakin improve dari minggu ke minggu. Semoga Azeva berjaya ke final nanti dan mencipta kemenangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak, IG F8buzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

