Artis / Selebriti
” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat mengalunkan azan raih pujian ramai. Alahai mendayu-dayu alunan azan Hussain, siap tarannum Jiharkah lagi. Hebat lah Hussain..
Nama anak teruna Jamilul Hayat, Hussain menjadi sebutan ramai lebih-lebih lagi semenjak Hussain menjadi salah seorang peserta rancangan realiti TV, Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Banyak video Hussain dikongsikan di media sosial yang menarik perhatian warganet.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok pfizers_astrazenex, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Hussain. Menerusi video perkongsian ini, Hussain mengalunkan azan untuk halwa telinga viewers yang sedang mengikuti sesi live pada ketika itu.
Mendengar alunan azan Hussain itu, ramai di kalangan warganet yang teruja dan merasa kagum. Suara lunak merdu Hussain ditambah dengan tarannum Jiharkah membuatkan alunan azan itu sedap didengar. Lenggok dan nafasnya itu tersusun indah.

Memetik komen warganet, Hussain dikurniakan oleh Allah satu anugerah yang berharga iaitu suara yang merdu dan gemersik. Terserlah kehebatan vokal Hussain, tidak hanya ketika menyanyi tetapi juga ketika mengalunkan azan. Hussain ada aura yang lain daripada yang lain.
Jom tonton video di bawah :
@pfizers_astrazenex Azan Tarannum Jiharkah dari Hussain #HussainJamilulHayat #TalkToMyManagerMY #TTMM2 #foryoupage #foryou
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anugerah Allah untk hussainn.. sedappp btul suaranya tu. Menyanyi sedap, azan lagi berganda-ganda sedapnya.. masha Allah.. “
” Alhamdulillah.. Mashallah Merdunya azan hussain ni. wow sangat azannya. support dia ok kawan kawan.. “
” Masya Allah, mendayu dayu sungguh laungan azan Hussain.. Alhamdulillah tenang hati dengar suara azan Hussain.. “
Tidak semua orang dapat bertarannum dengan baik seperti ini. Ini adalah salah satu lagi keistimewaan yang ada pada diri Hussain. Sudah tentunya jika Hussain mengalunkan ayat suci Al-Quran disertai tarannum Jiharkah ini akan lagi bertambah sedap dan dapat menambat hati pendengar.

Hussain bakal menempa nama dalam industri selepas ini dan bakal menjadi pelapis kepada penyanyi sedia ada. Semoga langkah Hussain untuk terus maju dalam arena seni suara tanahair dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Sebutir bintang yang akan bersinar, sama-sama kita doakan untuk Hussain.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok pfizers_astrazenex
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

