Artis / Selebriti
” Suara yang sangat padu dan menyentuh jiwa. Nyanyi dengan jiwa, kita pulak nangis.. ” – Komen Netizen
Video nyanyian penuh penghayatan daripada Hussain di minggu kedua Talk To My Manager 2, lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu buat ramai sebak. Syahdunya dengar suara Hussain ni, menusuk ke hati..
Talk To My Manager musim 2 kembali untuk minggu keduanya semalam. Semua peserta memberikan persembahan yang sehabis baik untuk menghiburkan para juri dan penonton. Antara peserta yang dinanti-nantikan tidak lain dan tidak bukan, Hussain Jamilul Hayat.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Astro Gempak, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan nyanyian Hussain membawakan lagu dendangan asal Uji Rashid berjudul Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu. Lagu yang sarat dan penyampaiannya memerlukan kekuatan vokal yang baik.
Hussain berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan cemerlang. Sebutan dan lontaran suara Hussain cukup jelas. Penghayatannya juga membuatkan penonton tersentuh hati mendengarnya. Bahkan juri tetap juga memuji kehebatan vokal Hussain.

Hussain pandai melenggokkan lagu itu dan tidak terikut-ikut dengan nyanyian penyanyi asal. Memetik komen warganet, ramai yang menangis gara-gara persembahan oleh Hussain ini. Suara Hussain dikatakan unik dan cukup ‘jantan’ serta sukar untuk dijumpai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Versi lelaki paling meletop.. bukan senang nak bawak lagu perempuan nada tinggi macam ni.. the best vokal sampai CP Sarimah pun terpaku.. “
” Vocal range dia ada vibe black …tp td ad trkeluar vibe bapak dia n jamal.. Betul gemersik… Ibu Uji Rashid pasti bangga.. “
” MasyaAllah Hussain so Talented&Gifted.. Ini power namanya.. Suara juara-juara,kita dah lama tiada suara penyanyi lelaki yang merdu sebegini.. “
” Serius aku ckp.. suka sgt dgr vokal nyanyi dri hussain,dri mggu leps dn mggu ni. suara sgt best .Aku yg kat umh pun menangis sebab menjiwai hussain nyanyi.. tpi mcm sekejp sgt xpuas dgr.. “
” Macam vibes Dato Jamal Abdillah la .. sedap suaraaa.. lenggok dia tu mahal.. Teringat juara-juara Bintang RTM dulu2…mcm ni laa kualiti penyanyi lelakinya.. “
” Susah nak jumpa suara macam ni sekarang, suara jantan beb.. Tadi ada nampak sorang penonton pakcik tu menangis.. Patah lagu mmg cantik. tone suara jernih. Terbaik hussain. goosebumps.. “
” Suara yang sangat padu dan menyentuh jiwa.. bakal juara TTMM2. Dik hussain sgt menjiwai lagu ini, sebak & berlinang air mata.. nyanyi dengan jiwa, kita pulak nangis.. “
Nyanyian yang penuh penghayatan dan berjaya mengusik hati penonton di auditorium dan di rumah. Hussain ada aura dan suara yang cukup memukau. Semoga Hussain terus konsisten untuk minggu akan datang dan berjaya menempah tempat ke final nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG F8buzz, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

