Artis / Selebriti
” Menangis aku, sedih dan menyentuh jiwa. Keluar je Wan Maimunah, lagi raung.. ” – Komen Netizen
Persembahan Ayie dan Salma di minggu ke 4 Famili Duo buat ramai menangis. Sedihnya, penuh penjiwaan dan mesejnya sampai. Kerinduan anak kepada ibu yang telah tiada. Lebih-lebih lagi part Wan Maimunah bermonolog, sebak dan menyentuh hati..
Rancangan hiburan seisi keluarga, Famili Duo kembali lagi dan minggu ini kesemua peserta ditugaskan untuk mempersembahkan lagu dengan tema Idola atau pun lagenda. Minggu yang meruntun dan mengusik jiwa penonton kerana temanya yang sedih.
Meninjau entry di akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan salah seorang peserta Famili Duo iaitu Ayie dan Salma. Persembahan pasangan duo ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai.
Ayie memulakan persembahan dengan menyanyikan lagu dendangan asal Exist berjudul Untuk mu Ibu dengan cukup baik. Permulaan video sahaja sudah membuatkan semua ikut menangis. Ayie benar-benar menjiwai bait-bait lagu dan air mata Ayie yang mengalur di pipi menambahkan lagi kesayuan untuk persembahan ini.

Nyanyian Salma juga hebat dan mood sedih itu sampai ke hati penonton. Persembahan penuh emosi ini dikuatkan lagi dengan bantuan daripada pelakon senior, Wan Maimunah. Lontaran nasihat daripada Wan Maimunah menambahkan lagi rencah dalam persembahan Ayie dan Salma.
Jom tonton video di bawah :
Persembahan hebat oleh Ayie dan Salma ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Persembahan begini yg sptutnya diperbanyakkan.. nasihat yg sgt mndalam….. tringt ibu yg jauh d mta… smoga suatu hri dpt dduk d kg dgn ibuku semula inshaa Allah aamiin.. “
” Sedih teruk malam ni.. persembahan yang main perasaan.. Allahu rindunya arwah ibu.. every week akan menunggu diorang, terbaik Ayie Salma.. “
” Sedih menyentuh hati… Terus mengalir air mata.. minggu ni semua bikin aku nangis teresak-esak.. ada wan maimunah lagi banjir airmata.. “
” Menangis aku.. keluar je Wan Maimunah lagi raung.. best persembahan Ayie dan Salma.. masuk lagu terus sedih feel lebih rasa.. “
” Terbaik Salma dan Ayie.. wan maimunah menguatkan lagi jalan cerita.. prop tak berlebihan tapi persembahan terbaik super.. “
” Berderai air mata, menghayati betul Ayie ni.. bawak lagu sedih muka pun main peranan.. sampai perasaan tu. Saya tonton semalam saya menangis teruk.. “
” Mlm ni smua psembahan tbaik.. sedih n myentuh jiwa.. mata sy msuk habuk.. trase khilangan arwah suami,arwah bpk mertua hmpir setahun b’lalu… al-fatihah utk kedua insan y sy syg.. “

Persembahan yang membuatkan penonton di auditorium dan rumah ‘banjir’ dengan air mata. Kerinduan seorang anak terhadap ibu yang tidak ada penghujungnya. Penghayatan Ayie dan Salma, dibantu pula monolog oleh Wan Maimunah, tidak sedar air mata mengalir tanpa henti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

