Artis / Selebriti
” Mesti selalu tengok mummy makeup ni, lipstick pun boleh buat jadi blusher.. ” – Netizen
Video Gelagat Comel Anak Fizi Ali, Ameena Sofia Makeup Wajah Fizi Buat Ramai Terhibur. Amboi Ameena, Tengok Gaya Tu Dah Memang Pro Makeup Lah. Pasr4h Je Daddy Tadah Muka, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyampai radio, Fizi Ali telah berkongsi satu video bersama anaknya, Ameena Sofia. Dalam video itu, Fizi dan Ameena sedang berada di sebuah indoor playground.
Kelihatan Ameena sedang menyolek wajah Fizi menggunakan beberapa alat soleknya sendiri. Tulis Fizi, video itu adalah tutorial makeup daripada Ameena. Pada awal, Ameena telah meletakkan bedak jenis compact sekitar wajah Fizi.
Selepas itu, Ameena telah meletakkan pula lipstick di bahagian bibir Fizi dan sedikit eye shadow di mata Fizi. Akhir sekali Ameena mengambil kembali lipstick dan meletakkan sedikit di bahagian pipi serta hidung Fizi sebagai pengganti blusher.

Video tutorial makeup oleh Ameena ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan Ameena memiliki bakat dalam bidang solekan. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Fizi itu telah menerima ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat telatah Ameena menyolek wajah daddy nya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mesti selalu tengok mummy makeup ni, lipstick pun boleh buat jadi blusher.. Btol dah tuu, Ameena nak buat blusher tanam, tp tak abes blend, haha.. “
” Allahuakbar.. Fokus nya fokus part last sekali aku yg gelak.. Aduyaiii Ameena, daddy kena scam ke tu, hahaha.. “
” Tergelak tgk Ameena solek kn dady nya.. Makeup Ameena ke, ke yang mama punya tu.. Bertuah betul lah budak comel ni.. “
” Hahaha bagus Ameena, semoga Ameena bahagia dapat daddy and mommy mcmni okay.. Doa yg baik2 utk Ameena, semoga kedua org tuanya unite. Amin.. “
” Ni mesti tgk umi makeup.. Pastu Ameena praktik kt daddy, hahahaaha. Pasrah sahaja muka daddy kena makeup dengan anak.. “
” Pandai Ameena.. Zaman skrg lipstick boleh buat blusher kt pipi.. Tapi part last memang tergelak tengok, hehe.. ”
” Woww Ameena ada lengkap barang makeup.. Tang pipi merah tu sempoi nu calit2 ja Ameena kan.. Pandai lah dia guna lipstick jadi blusher.. “
Pandai betul Ameena makeup, gaya tangan tu dah macam pro sangat. Kelakar pula tengok reaksi Fizi yang seakan pasrah setelah wajahnya disolek oleh anak tersayang. Tapi itu lah tanda kasih seorang ayah buat anaknya, layan sahaja apa yang anak buat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fiziali_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

