Artis / Selebriti
” Muka Afwa dah macam Aafiyah lah, comel.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa. Wahh Memang Nak Sama Macam Aafiyah Lah !!
Pada bulan April lalu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan bayi keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor dengan berat 3.84 kilogram. Perkongsian khabar gembira itu dikongsikan menerusi akaun Instagram Datuk Siti.
Meninjau di akaun Instagram Afwa Khalid, telah berkongsi gambar terbaru anak kedua Datuk Siti iaitu Muhammad Afwa. Menerusi gambar itu, kelihatan Afwa sedang diriba oleh bapanya, Datuk Seri Khalid dan turut ada bersama adalah kakak Afwa, Siti Aafiyah.
Hingga kini, perkongsian gambar Afwa tersebut telah mendapat lebih 2 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Mesti ramai yang ternanti-nanti melihat gambar terbaru Afwa ini kan, semakin comel Afwa sekarang.

Ada peminat yang turut menyatakan bahawa wajah Afwa sekarang sudah mirip seperti Aafiyah. Malah Afwa juga dikatakan sudah kelihatan semakin berisi dan tidak seperti umurnya yang baru memasuki usia dua bulan.
Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CP-ADrynHvE/
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Afwa dan menyukai perkongsian gambar tersebut. Antara komen-komen netizen adalah :
” Muka Afwa dah macam Aafiyah lah. Semakin hari, makin comel. Suka tengok gambar tiga beran4k ni.. “
” Dah besar Afwa, badan nampak berisi betul. Sekali pandang dah muka kakak Afiyah lah Afwa ni, comel betul.. “
” Afwa so cute, semoga menjadi anak yang soleh ye sayang. Tak lama lagi, Aafiyah ada teman bermain lah.. “
” Comel-comel anak Datuk Siti ni, semaga anak-anak ini menjadi anak yang baik buat Datuk Siti dan suami.. “
” Comel, Afwa pun dah berubah mukanya. Mulutnya dah mcm kakak Aafiyah. Semoga Afwa sentiasa sihat selalu.. “
” Always tengok gambar awak tido je Afwa, now blh tengok gambar awak dah buka mata, hehe. Pipi bertmbh melay0t betul si kecil ni.. “
” Byk muka Datuk Siti si Afwa ni, sama macam Aafiyah juga. Insyaallah, anak ketiga akan ikut muka Datuk K pula, hehe.. “

Alahai, comel betul Afwa. Apa-apa pun, perkongsian tersebut adalah daripada fans Datuk Siti yang ingin berkongsi perkembangan Muhammad Afwa kepada umum. Semoga Afwa membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat Datuk Siti dan suaminya, amin.

Silakan SHARE…
Sumber : IG Afwa Khalid, Muhammad Afwa Khalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

