Artis / Selebriti
” Muka Awie, suara Awie, cara cakap macam Awie. Ish semua lah macam Awie, photostat betul.. ” – Netizen
Video Temubual Bersama Anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah Raih Perhatian Warganet. Bukan Muka Je Copy Awie, Suara Pun Sebijik Macam Awie Cakap. Sekali Tengok, Dah Macam Awie Masa Filem Bara !!
Putra Ahmad Merrah merupakan anak Dato’ Awie bersama Rozana Misbun. Selesa disapa dengan panggilan Merrah, Merrah kini kian meningkat remaja. Boleh menyanyi dan ada tone suaranya tersendiri, anak teruna Awie ini juga berbakat dalam lakonan.
Menerusi akaun Tiktok Scoopdotmy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temuramah antara pihak wartawan bersama Merrah. Merrah berkongsi cerita pengalamannya berlakon di bawah filem arahan daddynya itu. Merrah meluahkan rasa seronok kerana daddynya banyak memberikan tunjuk ajar.
Cara Merrah bercakap dan menjawab semua soalan yang ditujukan kepadanya saling tidak tumpah seperti gaya Awie. Wajah Merrah yang manis dengan lesung pipit di pipinya itu menambahkan lagi ketampanan wajah Merrah, sedap mata memandang,

Ketawa Merrah juga sama seperti Awie, bak komen peminat Merrah ini seperti Awie ketika dalam filem Bara. Berlakon boleh, menyanyi pun boleh, tidak mustahil boleh jadi artis pelapis untuk masa akan datang ni. Apa-apa pun, Merrah perlu mengutamakan pelajaran dahulu.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@scoopdotmy Berlakon di bawah filem arahan bapanya, Datuk Awie, Putra Ahmad Merrah dedah sikap bapanya di lokasi. #entertainmenttiktok #malaysiacelebrity #datukawie #awie #putramerrah
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ini anak dengan Rozana Misbun ke. Handsome g1la anak Awie ni. muka sebijik macam muka Awie.. ”
” Suara dan cara bercakap tu, kadang-kadang terasa Awie masa muda yang bercakap hehe.. Manis betul merrah ni, dengan lesung pipit tu perghh.. ”
” Awie zaman Bara ni haha.. Muka sebijik sama Awie.. bersaing dengan anak Jamal, Ziana, erra in future nanti.. Sembilu 2025 nanti.. ”
” Muka memang betul-betul sebiji zaman bapak dia dato awie, kening tu memang betul2 sama mcm dato awie.. ”
” Sebiji macam Dato awie masa muda muda. Suara tu sebijik Awie weh. rupa, gaya macam awie masa muda.. dah anak dia kan.. ”
” Kejap je dah besar kan. Merrah ni adik kesayangan kakak-kakaknya walaupun berbeza ibu.. manis muka dia, iras awie.. ”
” Sedap suara dia.. hensem pandai berkata kata. muka awie, suara awie, cara cakap macam awie. ish semua lah macam awie, photostat betul ni.. ”
Boleh confuse jika mendengar suara Merrah ini, begitu mirip dengan suara Awie. Bak komen warganet, seperti daddynya sangat Merrah ini. Apa-apa semoga Merrah berjaya dalam pelajaran dan teruskan menggilap bakat lakonan dan nyanyian yang ada.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scoopdotmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

