Artis / Selebriti
” Nak pengsan aku gelak. Abang Lan punya aku paling suka, unexpected.. ” – Komen Netizen
Video duta-duta lelaki Jakel menunjukkan kehebatan masing-masing buat warganet terhibur. Adoi, dengan bos Jakel bos masuk air gara-gara Kamal Adli. Berdekah tengok aksi masing-masing. Tapi aksi Lan Pet Pet yang paling tak dijangka sekali, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kamal Adli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Kamal bersama para duta lelaki jenama Jakel menunjukkan kehebatan masing-masing. Selepas melakukan aksi ‘extreme‘ ini bersama Syafiq Kyle di set penggambaran sebelum, Kamal mempengaruhi rakan-rakan sekerja di Jakel pula.
Masing-masing menunjukkan aksi yang terpaling ‘extreme‘. Bermula dengan bos Jakel sendiri, ianya bersambung dengan aksi para duta pula. Ammar yang pendiam juga boleh tahan kelakarnya. Kumpulan Senario sudah diketahui umum sememangnya lawak.
Paling kelakar dan tidak disangka-sangka adalah aksi daripada Lan Pet Pet. Bersorak semua melihat aksi Lan itu. Kamal juga tidak kurang kelakarnya. Kesimpulannya, duta-duta Jakel semuanya sekepala dan sporting sepanjang shooting. Mereka semua memberikan kerjasama yang baik untuk memeriahkan suasana.

Memetik komen warganet, Jakel tahun ini memang berbeza dan ada vibes kekeluargaan, diselangi drama-drama yang mencuit hati. Kapsyen Kamal juga ada menulis satu amaran ringkas kepada warganet supaya tidak meniru aksi-aksi mereka itu di luar.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Duta2 jakel tahun ni banyak yg rosak.. Diketuai iamellymazlein difollow barisan2 tenteranya the_haidars, kamaladli ,SENARIO, nabilzira haha.. Abg lan punya aku paling suka, unexpected.. “
” Benda senang pon nak histeria…..hahahaha…da mcm org gila aku gelak sensorang kat opis ni haha.. Sampai habis kita tengok masalahnya hahahahhaha.. rosak semua.. “
” Hebat eh datuk bandar threads mempengaruhi warga emas buat stunt. Bakal jadi trend ni nampaknya.Nak pengsan aku gelak haha.. “
” Nurse dorang bangun dah nurse obat mana obattt.. Allahuakbar, keras perut kite ketawa tgk aksi memasing.. semua sekepala, havoc betul duta jakel.. “
” Wei bongok la…. adoi senak perut haha.. Singapore: Merlion! Menjadik ler HAHAHAHAHA.. Baju merah tu punca.. Pengaruh rakan sekerja ni haha.. “
” Kamal la ni punca.. Aku laaaa kan, time kamal terus terburai gelak. masuk part lan, lagi berdekah.. “
” Jakeltextile kami rasa korang semua duta2 ni dah rosak serosak rosaknya… trmasuk dgn bos MJ sekali ye.. “
Seronok melihat keakraban duta-duta Jakel ini. Bekerja dalam suasana gembira, pastinya akan membuatkan semua enjoy walaupun shooting berlangsung dari pagi sampai ke malam. Semoga ukhuwah yang terjalin antara mereka ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamal Adli, IG Jakel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

