Artis / Selebriti
” Nasib baik aku dah tua, kalau sebaya mintak tukar sekolah dah ni haha.. ” – Netizen
Video Anak Dato’ Jamal Abdillah, Zaki Yamani Membuat Persembahan Di Sekolah Terima Sorakan Daripada Pelajar-Pelajar Lain. Amboi Cikgu Pun Siap Bagi Bunga Ni. Ramai Lah Crush Nanti, Hehe !!
Populariti anak lelaki Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani meningkat naik sejak berjaya merangkul gelaran juara pada rancangan realiti Famili Duo baru-baru ini bersama abangnya, Yamani Abdillah.
Jika selalunya Zaki membuat persembahan di hadapan peminat, kali ini lain pula suasananya. Meninjau akaun Instagram Zaki Yamani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zaki membuat persembahan di hadapan semua pelajar sekolahnya.
Ini adalah kali pertama Zaki perform di sekolah sendiri. Merdu sungguh suara Zaki, memang tak ubah seperti suara babahnya. Untunglah semua pelajar dan guru di sekolah Zaki dapat melihat Zaki menyanyi secara live.

Cikgu pun sangat sporting, siap beri bunga lagi kepada Zaki sehingga menerima sorakan daripada pelajar-pelajar. Nampaknya untuk majlis sekolah selepas ini, calon utama untuk membuat persembahan pastinya nama Zaki mendahului.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zaki ini telahpun meraih perhatian dan ramai yang memuji kelunakan suara Zaki. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nasib baik aku dah tua. Kalau aku sebaya budak-budak ni, nak je mintak tukar sekolah haha.. “
” Meh dtg kat sekolah cikgu lak zaki, bukan kata ank murid, cikgu2 lagi teruja nk dengo zaki nyanyi.. “
” Tiba-tiba rasa nak sekolah balik sebab nak satu sekolah dengan Zaki haha. Nak sekolah pun dah tua, jadi makcik kantin pun boleh haha.. “
” Pergh terbaiklah zaki, sedapnya suara. Uihh.. tiberr.. era 1979 datang kembalii.. Deeer1taa Cintaa.. “
” Zaman aq skolah dlu tak ada pulak yg mcm zaki ni, matured sgt tak nmpk lgsung mcm bdk skolah.. “
” Mesti banyak crush dekat sekolah ni.. Uih cikgu bagi bunga wooo… Untunglah sekolah tu ada pelajar famous.. “
” Wah tahniah Zaki dan abang jd juara duo.. wah skrg dah blh ganti ayah.. suara lbh kurang sama.. “

Semoga Zaki Yamani menjadi seorang pelajar yang cemerlang tidak hanya dalam karier muziknya tetapi juga dalam pelajaran serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Belajar rajin-rajin yer Yamani.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaki Yamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

