Artis / Selebriti
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Sharifah Sakinah menyanyi lagu Nadeera sambil memegang cucu saudaranya buat ramai terhibur. Terkebil-kebil baby dengar nenek Kinah menyanyi. Sempat lagi Shiera terbangkan lampin macam persembahan Nadeera kat AJL39. Menjerit mak baby tu dibuatnya, haha..
Lakonan oleh pelakon Sharifah Sakinah menerusi drama Curang Tanpa Niat telah memberikan impak luar biasa apabila Sakinah berjaya menghidupkan watak wanita perosak rumahtangga yang akhirnya menerima nasib malang. Lakonan Sakinah sebagai Astrid juga mendapat pujian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik kakak Sakinah, Sharifah Shahirah, telah dikongsikan video yang memaparkan Sakinah datang melawat cucu saudaranya (cucu Sharifah Shahirah). Menerusi video itu, Sakinah sedang mendukung seorang bayi.
Namun, telatah Sakinah menyanyikan lagu OST Curang Tanpa Niat iaitu Bukan Kita Lagi dengan versinya sendiri mencuit hati warganet. Bukan itu sahaja, telatah Shiera secara spontan menerbangkan kain lampin di atas kepala Sakinah selepas Sakinah selesai menyanyi turut mengundang tawa ramai.

Ramai peminat yang mengatakan Sakinah adalah seorang nenek saudara yang paling kelakar dan mereka juga turut terhibur melihat reaksi cucu Shiera itu. Sehingga kini, video Sakinah menyanyi itu telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton video telatah Sakinah ini. Antara komen-komen menarik daripad warganet adalah :
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. Masuk air betul Kinah dengan Shiera, terkebil2 cucu korang tengok perangai korang.. “
” Aku lupa lah diorang ni nenek” tau, hahaha grandma zaman now memang sempoi.. Dik… Ko jgn ikut prangai nenek sdare ko tau.. Dia tu sparuh mereng, hahaha.. “
” Dikk, nenek sedara awak ni pontianak sewel taw dik. Pastu import dari neraka katanya. Jgn sampai dia jerit kat adik “pejamlah materrrr” sudah dik. Ghisauuu, haha.. “
” Berdekah aku tengok video ni.. Kinah kau pandai2 je tukar lirik kan, hahahaha.. Adoiii Kinah dengan kelakarnya memang tak dapat dipisahkan.. “
” Shiera pun masuk air, melayan je perangai adik dia, hahaha.. Si baby tu mata sampai tak berkelip tengok perangai nenek2 dia, haha.. “
” Membesar dgn nenek² gini, esok cepat budak ni pandai cakap dan tak pelat. Syok weh circle nenek² muda macam niii.. Meriah rumah.. “
” Terbeliak mata cucu tgk perangai nenek2.. Dapat Mak Sedara Tiga Suku.. Mmg Selalu la gamak gempak gempita rumah tu.. Mesti anak2 sedara sayang kat Sakinah.. Yer la selalu jer happy.. “
Terkebil-kebil si cucu melihat perangai nenek-neneknya. Mahu tak kering gusi warganet ketawa, masuh air sungguh perangai Sakinah dan Shiera. Apa-apa pun, video ini hanya lah sekadar hiburan Sakinah dan Shiera untuk menghiburkan cucu mereka sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

