Artis / Selebriti
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin membalas secara terbuka usikan host Jakel mengenai Amira Othman buat ramai terhibur. Amboi Abang Long, ini kali memang tak cover langsung yer, blushing teruk Amira dibuatnya..
Gandingan Fattah Amin dan Amira Othman sebagai duta Jakel merupakan satu percaturan yang terbaik. Ramai yang ship dan suka dengan hubungan baik Fattah dan Amira sehinggakan pasangan ini diberikan gelaran sebagai FattMira. Di mana-mana sahaja pasti warganet akan mengusik Fattah dan Amira.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok _fattmira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi Meet and Greet Fattah dan Amira bersama semua pengunjung Jakel. Pasangan ini tampil kacak dan anggun dalam busana baju Melayu dan baju kurung berwarna putih.
Ketika sedang beramah mesra dengan pengunjung, ada yang meminta untuk Amira berdiri di atas sebuah kotak yang berada di hadapan mereka kerana ingin melihat Amira dengan lebih jelas. Fattah mengatakan Amira tidak boleh naik kerana risau Amira akan jatuh.

MC pula sempat mengusik Fattah dengan mengatakan sekiranya Amira jatuh pasti akan ada orang yang menyambutnya. Seakan memahami motif usikan MC itu, Fattah membalas jangan sampai dia menyanyikan lagunya. Comel sahaja Fattah menyanyi ‘ sambutlah cintaku duhai sayang ‘ sambil memandang ke arah Amira.
Jom tonton video di bawah :
@_fattmira 🫠#amiraothman #fattahamin #amiracleforfattah #ourFAs #fattmira #jakel #doabaikbaik🤲
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Saya syak gini. Mira ni dah lama jd secret admire Fattah. Sekali bila org yg diminati betul2 ada depan mata.. sah2 hati berbunga2 tak terkata dan keluarlah yg aneh2 jer sampai blushing giler.. “
” Mahal nya pemalu seorang fattah amin.. dan mahal nya kesopanan amirah othman wehhh.. “
” Aku tersenyum tanpa sedar… aku malu sampai takleh pandang screen phone niii hahahah.. Ya Allah , jodohkanlah FA n Amira ni… ameen.. “
” Sambutlah cintaku duhai sayang hahha.. bang long nyanyi lagu tu sambil tengok Mira weyh.. “
” Alah alah alah… Dua Dua Dah pandai blushing eh another level dorang punya “Kawan” ni kan.. aduh aku pulak yang tersenyum senyum.. “
” Aneh aneh Fattah Amin sekarang.. aku dah jurus tendang angin ni.. obvious sangat dah ni bang long.. makin berani Fattahh.. “
” Abang long semakin berani.. kami blushing ni.. gelak besar kak long dengar bang long nyanyi.. bang long gentleman sungguh.. “
” Kak Long sekarang blushing tak boleh cover dah.. bang long pun makin maju ke depan ni. terang terang senang kan bang long kan heheh.. “
Bukan main Fattah sekarang, semakin terbuka dan gentleman walaupun masih terlihat malu-malu mukanya itu. Ramai yang mendoakan agar Bang Long dan Kak Long kesayangan ramai ini berjodohan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fattah dan Amira dan segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattmira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

